suria

Tunku Azizah mengaku guna produk penjagaan kulit ‘orang kebanyakan’, “Kami semua suka tengok Tuanku dekat dengan rakyat”

Tunku Azizah menerima hadiah set percuma produk penjagaan kulit yang menjadi kegemaran orang kebanyakan.

GOLONGAN kenamaan sering dikaitkan dengan barangan berjenama mewah lebih-lebih lagi apabila melibatkan produk penjagaan kulit.

Namun di sebalik persepsi itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengejutkan orang ramai dengan pendedahannya jenama produk penjagaan kulit yang digunakannya.

Bukan produk berjenama mahal, tetapi Tunku Azizah berkata dia menggunakan krim Nivea, salah satu jenama yang sering digunakan rakyat biasa di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf... terdelete, tak sabar nak jadi pengantin baru lagi agaknya!” - Tweet Raja Permaisuri Agong buat ramai terhibur

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak jadi isteri Tengku Hassanal kena pandai makan durian, gulai tempoyak, kena siap baju dari kepala sampai kaki” - Tunku Azizah

"Memang saya pakai cream Nivea pun!!!" demikian tulis Tunku Azizah dalam posting terbaharunya di Twitter pagi Sabtu.

Tweet Tunku Azizah mendapat perhatian netizen.

Terdahulu baginda memuat naik gambar hadiah set percuma pemberian syarikat penjagaan peribadi dari Jerman itu dengan kapsyen 'Thank U to Nivea...' sehingga mendapat 1,400 ulang kicau dan 8,400 tanda suka.

Malah perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

IlhamBahNi berkata:"Tuanku kami semua suka tengok Tuanku dekat dengan rakyat. Rasanya dah kena ready selalu dekat public lepas ni kot-kot Tuanku ada dekat tepi."

Ctazurah berkata:"Sebab tu tangan Tuanku selembut kapas... harum."

Antara komen netizen di posting Tunku Azizah.

"Salam Tuanku, ampun Tuanku... patik nak satu Tuanku. Bestnya dapat Nivea. Kalau Tuanku tak nak pakai... patik sudi menerimanya Tuanku... benda yang baik elok dikongai bersama hehe," tulis Regina George.

Difahamkan Nivea memberikan hadiah set percuma itu sebagai penghargaan kepada Tunku Azizah yang menggunakan produk tersebut sebagaimana didedahkannya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Tunku Azizah, krim, Nivea

Artikel Lain