PEMERGIAN seorang bapa pastinya memberi kesan paling mendalam terutamanya kepada anak-anak yang masih kecil. Begitulah perasaan dilalui anak kepada Pegawai Pasukan 11 Rejimen Gerup Gerak Khas (GGK) Mejar Mohd Zahir Armaya yang terkorban ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada pagi Rabu. Malah penularan video dan gambar-gambar bapanya di media sosial ternyata menimbulkan 1,001 tanda tanya kepada anak Allahyarham yang masih tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: “Hanya anggota komando sahaja menerima latihan begini” - Ramai pertikai kenapa guna peluru hidup, ini jawabnya! ARTIKEL BERKAITAN: “Ini pertunjukan terakhir saya” - Anak AR Badul hantar mesej sebelum meninggal dunia terkena tembakan Menerusi perkongsian Murni Clarkson di Facebooknya, dia bercerita mengenai impak penularan video membabitkan pegawai komando itu kepada anak sulung Allahyarham yang disaksikannya sendiri pada malam Rabu. Perkongsian Murni menjadi tular di Facebook. Jelas wanita itu, semasa ahli keluarga dibenarkan untuk melihat jenazah Mohd Zahir, anak sulungnya berlari ke sudut dan menangis. Beliau menganggap anak sekecil itu faham tentang kematian, tetapi tidak lama selepas tu anak sulung arwah bersuara: “Kenapa orang tu bunuh papa?, kenapa dia tembak papa?, siapa orang yang tembak papa?, saya nak cari orang yang tembak papa...”. Susulan itu, ibu dan beberapa isteri pegawai tentera lain segera menenangkannya sambil memaklumkan kejadian berlaku ketika bapanya menjalani latihan dan penembak terbabit tidak sengaja. Mendengar kata-kata itu, anak sulung arwah balas dengan pertanyaan: “Jadi papa boleh hidup balik?" Tulisnya lagi, ternyata apa yang disuarakan menunjukkan anak kecil ini menganggap latihan tidak sepatutnya meragut nyawa. Perkongsian Murni Clarkson menjadi tular dan dikongsi sebanyak 1,200 kali di Facebook. Dalam posting itu, Murni percaya anak sulung Mohd Zahir berkelakuan begitu kerana ada individu yang menunjukkan video kemalangan yang meragut nyawa bapanya. Pelakon pelakon popular A R Badul yang juga bapa kepada Mohd Zahir sebak semasa majlis pengebumian anaknya. Foto RONNIE CHIN/THE STAR "Dia tak sepatutnya melihat kejadian hitam itu. Dalam dunia semuanya dihujung jari ini, menularkan video-video kemalangan seolah-olah mengejar trofi pelbagai pihak. "Tidak sensitif dan tidak menghormati keluarga mangsa. Mental trauma ini blh memberi impak negatif kepada perkembangan seorang kanak-kanak," katanya. Susulan itu, wanita tersebut meminta orang ramai supaya membuang video tersebut bagi menghormati keluarga mangsa. Untuk anak sekecil itu, saya yakin dia faham tentang kematian. Tapi tak lama selepas tu anak sulungnya bersuara; “Kenapa orang tu bunuh papa?”, “Kenapa dia tembak papa?”,“Siapa orang yang tembak papa?”, “Saya nak cari orang yang tembak papa...”. MURNI CLARKSON. "You won't see the adverse effects until it happen to your own family members. Saya dengan rendah hati, memohon buanglah video-video tersebut. "Berikan ruang untuk anak-anak arwah meneruskan hidup seperti kanak-kanak lain," katanya. Ahli keluarga hadir untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh pagi Khamis. Foto BERNAMA Jenazah Mohd Zahir dikebumikan dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Tambun di Ipoh pagi Khamis. Mohd Zahir terkena tembakan jarak dekat ketika melakukan aksi demonstrasi sempena Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi pada 8.40 pagi Rabu. Beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi ketika dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.