"SAYA rasa marah dan kecewa dengan diri sendiri," demikian luah seorang wanita yang berasa terkilan kerana terlupa untuk memberikan 'token' sebagai tanda terima kasih kepada seorang pemuda India yang sudi menawarkan pertolongan ketika keretanya meragam di tepi jalan. Berkongsi cerita kepada mStar, Rohana Ahmad, 58, berkata pada pagi Isnin lalu, dia perlu menghantar pesanan kek brownies yang ditempah seorang pelanggan di Paya Terubong, Pulau Pinang. "Selepas menghantar tempahan kek tersebut, tiba-tiba kereta saya gagal dihidupkan. Ketika itu lebih kurang pukul 9 pagi dan kebanyakan kedai atau bengkel masih belum dibuka. "Saya kurang familiar dengan kawasan itu. Saya hubungi kenalan yang bekerja di bengkel tapi dia mengambil masa untuk menghantar bateri kereta ke kawasan tersebut," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda India tolak perbezaan warna kulit, agama bantu cari Acap, “Cubit paha kanan, paha kiri terasa” ARTIKEL BERKAITAN: Setiap tahun wanita India ini tak pernah ‘missed’ datang surau, “Dia sedekah, hantar borang minta buat tahlil...” Sedang gundah menunggu di tepi jalan, ketika itulah muncul seorang pemuda India dari seberang jalan bertanyakan keadaannya sekali gus menawarkan bantuan. "Ketika itu saya sangat takut untuk menahan mana-mana kereta. Apabila dihampiri oleh pemuda tersebut, saya bersyukur sangat apatah lagi cara dia dekati saya nampak sangat ikhlas dan benar-benar mahu membantu," kata pensyarah di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab) itu. Terdahulu, Rohana menghantar posting di Facebook dan meluahkan rasa bersyukur dan terharunya dibantu seorang pemuda India bernama Siva. Selepas posting itu tular, ada individu yang cuba bantu dapatkan alamat Siva. Nanti bila dah dapat maklumat, pasti saya nak ziarah mereka. Lagipun Deepavali tak lama lagi. ROHANA AHMAD Pensyarah Malahan, beliau sama sekali tidak menyangka masih wujud sifat tolong menolong walaupun berbeza kaum dan warna kulit. "Lebih terharu, dia dan adik beradiknya siap tunggu saya jalan dahulu untuk pastikan kereta saya OK. Posting Rohana di Facebook baru-baru ini. Rohana yang turut mengusahakan perniagaan bakeri secara kecil-kecilan berkata, tujuannya menghantar posting di Facebook hanyalah untuk berkongsi dengan kenalan di laman sosial itu. "Saya juga mahu mengabadikan ucapan penghargaan kepada Siva dan keluarganya, sebab itu saya post. Ini kerana saya berasa sedikit terkilan dan marah dengan diri sendiri, masa itu nak cepat sebab nak jaga ibu yang kurang sihat sampai terlupa nak beri token dan terlupa nak ambil nombor telefon. Sempat selfie saja untuk abadikan kenangan," ujarnya. Tambah Rohana, dia dan keluarga bercadang untuk menemui Siva sekeluarga dalam masa terdekat. "Selepas posting itu tular, ada individu yang cuba bantu dapatkan alamat Siva. Nanti bila dah dapat maklumat, pasti saya nak ziarah mereka. Lagipun Deepavali tak lama lagi. "Bagi saya, ada dalam kalangan masyarakat yang sebenarnya color-blind ataupun race-blind. Saya sendiri pun pergi majlis perkahwinan jiran berbangsa India. Hanya segelintir saja yang cuba semarakkan api perkauman," akhirinya.