suria

Keputusan pembedahan kelenjar pertama negatif kanser, tapi pelajar ini akan dibedah lagi... "Keadaan ini mengganggu persiapan SPM”

Jafni bersama keluarganya.

KESIHATAN merupakan tunjang utama dalam meneruskan kehidupan, namun berwaspada dengan penyakit yang  menjenguk tanpa mengira usia ini.

Dugaan besar buat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang kini resah memikirkan keadaan kesihatannya.

Selepas seminggu mengalami demam, sakit tekak yang tidak sembuh, Muhammad Jafni Aqil Jamirul Hairi merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dunia nak kiamat, takut tak sempat ada iPhone' - Pelajar PT3 mesej peniaga online minta telefon percuma

"Saya mengalami demam yang tidak kebah-kebah malah bengkak di bahagian kelenjar leher. Selepas pergi klinik, keadaan tetap sama.

"Kali kedua pergi klinik doktor terus mengarahkan saya mendapatkan rawatan di hospital di Langkawi. Bermula dari di sinilah jiwa saya mula resah gelisah.

Jafni (dua belakang) selalu bersama keluarganya.

"Pertama kali ke hospital, doktor mahu saya masuk wad untuk rawatan lanjut,  tapi mak saya menolak kerana hanya beranggapan saya mungkin demam biasa. Jadi doktor bagi ubat sahaja.

"Selepas seminggu lagi keadaan masih tidak berubah, ketika itu saya terpaksa ditahan di hospital," kongsinya kepada mStar.

Menurut anak sulung daripada empat  beradik ini, sepanjang ditahan di hospital pelbagai ujian dan rawatan dibuat untuk mengetahui punca penyakitnya.

"Rawatan X-ray, imbasan CT (Computed Tomography), ujian darah dan pembedahan tisu kelenjar sudah dibuat dan ketika itu hanya ada dua kemungkinan iaitu penyakit TB atau kanser limfoma.

Jujur saya katakan, hati saya hari ini agak berdebar-debar untuk pembedahan kedua esok.

MUHAMMAD JAFNI AQIL JAMIRUL HAIRI

PELAJAR SEKOLAH

"Teteapi keputusan pembedahan penyakit TB negatif, begitu juga dengan kanser limfona.

"Yang peliknya kalenjar di bahagian keher saya agak banyak dan tanda-tanda awal kanser limfoma itu memang ada.

"Jadi pihak hospital perlu ambil sekali lagi tisu kelenjar dan bermakna saya bakal menjalani sekali lagi pembedahan pada Ahad.

"Selepas keputusan pembedahan pertama itu negatif saya agak bersedia dalam apa jua keputusan yag diterima. Tetapi untuk kali kedua ini perasaan agak 'down' sedikit," luahnya.

Jelas Jafni, hanya beberapa bulan lagi dia akan menghadapi peperiksaan SPM (Sijil peperiksaan Malaysia) dan keadaan ini agak mengganggu persiapannya.

Jafni menunjukkan kelenjar lehernya yang dibedah.

"Sebelum ini tidak dapat hadir ke sekolah berada di hospital. Mujurlah cikgu dan kawan-kawan sekolah banyak juga membantu dari segi mata pelajaran yang tertinggal.

"Jujur saya katakan, hati saya hari ini agak berdebar-debar untuk pembedahan kedua esok.

"Saya sangat berharap keputusannya juga negatif. Tetapi sekiranya positif kanser, saya tetap akan cuba hadapinya dengan tenang," ujarnya sayu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Kanser Limfoma, pelajar

Artikel Lain