suria

Selepas putus cinta, gambar kucing sedut cecair peluntur pun buat gadis ini dihujani mesej ibu tersayang... "Mama sayangkan Ika"

Fika terharu dengan nasihat dan pesanan yang disampaikan mamanya.

NALURI seorang ibu memang tidak boleh dipertikaikan dalam apa jua situasi.

Tidak kira di mana anda berada, seorang ibu pasti tahu sama ada anaknya dalam keadaan gembira atau bersedih hati.

Perkongsian seorang gadis di laman Twitter mengenai sikap caring ibunya, Jenah mendapat perhatian netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Viral 14 saat! Perkara ditakuti akhirnya terkena batang hidung... ibu pertahan anak, akui “eh mak aku” reaksi spontan

Kisahnya bermula apabila Nur Syafika Abdul Rahim,19, meletak gambar profil (DP) seekor kucing yang cuba menyedut cecair peluntur atau klorox di WhatsApp miliknya.

Jelas Nur Syafika atau mesra disapa Fika, dia memaparkan gambar itu kerana kucing tersebut sangat comel.

DP Fika (kiri) mengundang kebimbangan mamanya.

“Saya langsung tak terfikir tentang klorox itu.

“Petang semalam (Jumaat) mama teks cakap dia risaukan saya. Ketika itu saya sedang tidur.

“Pukul 5 petang mama teks lagi, tapi saya tak balas dan pukul 6 pun saya tak reply.

“Lepas tu mama terus call. Bila saya angkat mama terus cakap - "Ika jangan minum klorox”.

Mama kata dia sayangkan saya dan kalau ada apa-apa masalah terus beritahunya. Saya tak akan buat benda-benda macam tu.

NUR SYAFIKA ABDUL RAHIM


“Saya jawab mana ada minum klorox. Rupanya mama tengok DP saya gambar kucing minum klorox. Jadi dia pun risaukan saya,” ujar Fika kepada mStar.

Menurut Fika, dia hanya ketawa dengan sikap mamanya yang begitu mengambil berat tentang dirinya selepas putus cinta Mei lalu.

“Mama masih bimbangkan keadaan saya, dia risau saya masih bersedih selepas brake up. Saya okay sahaja.

“Paling best mama siap bagi video lagi tentang klorox. Mama minta saya jangan susahkan hati dia.

“Mama kata dia sayangkan saya dan kalau ada apa-apa masalah terus beritahunya,” demikian kongsi Fika.

Sebahagian komen-komen netizen terhadap posting yang dimuat naik Fika.

Tambahnya, dia dan ibunya  memang rapat dan insan istimewa itulah yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepadanya.

“Cuma agak lawaknya sampai mama boleh terfikir saya nak minum klorox hanya kerana DP tersebut.

“Saya tak akan buat benda-benda macam tu,” jelas Fika yang sedang belajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Perkongsian Fika itu mendapat pelbagai komen daripada pengguna Twitter yang mengangap mamanya seorang yang ‘cute’.

Posting Fika yang mendapat lebih sebelas ribu ulang kicau.

Malah ada juga yang mengangap wanita itu sebagai seorang ibu yang baik dalam memastikan anaknya sentiasa dalam keadaan baik.

“Memang banyak sangat dapat komen-komen positif daripada warga Twitter.

“Walaupun ia kelihatan kelakar tetapi sebenarnya penuh dengan nasihat,” jelas anak keempat daripada lima beradik ini.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Kucing, klorox, mama

Artikel Lain