MAHU penuhi hasrat arwah ayah, demikian kata Mas Zhaeim Zhiddin yang juga anak kepada pengacara popular, Allahyarham Aziz Desa yang kini berkecimpung dalam bidang masakan. Dia yang mesra disapa Zhaeim menarik perhatian warga media sosial selepas berkongsi video masakan sehingga menerima ratusan ribu tontonan. Kata jejaka berusia 19 tahun itu, hasrat yang pernah disuarakan arwah bapanya untuk mempunyai seorang cef dalam keluarga mereka menjadi titik tolak kepada perjalanannya dalam bidang itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Abang saya mula dari bawah” - Bapa dah lama tiada, ‘membawang’ masih ada... anak arwah Aziz Desa jawab tuduhan guna kabel ARTIKEL BERKAITAN: Mas Zharif Hiba Bekerja Di Tempat Arwah Bapa "Sebenarnya saya tak minat sangat masak-masak. Tapi arwah ayah pernah cakap, dia nak ada seorang cef dalam keluarga. Abang-abang semua dah masuk bidang lain, saya je yang belum ada cita-cita lagi masa tu. Zhaeim merupakan anak kepada pengacara popular, Allahyarham Aziz Desa. "Jadi saya pilih untuk belajar sikit-sikit. Lepas dah sambung pengajian, rasa makin minat. Saya nak cuba penuhi hasrat arwah ayah," ujarnya sewaktu dihubungi mStar. Mengulas penularan video masakannya di Twitter yang turut menerima kecaman segelintir individu, Zhaeim bagaimanapun enggan menghiraukan sebarang komen negatif. Tapi saya berpegang pada kata-kata arwah ayah, semakin kita dewasa, semakin ramai musuh. Saya ambil yang positif sahaja, apa-apa komen negatif saya ambil untuk perbaiki diri. MAS ZHAEIM ZHIDDIN AZIZ Malah, dia turut berpegang dengan kata-kata arwah bapanya dan mahu terus fokus dalam mengejar cita-cita. "Dapat banyak view sebab ada orang yang tak suka. Mungkin juga sebab salah faham dengan kapsyen saya yang tulis 'ada ke kat Twitter ni laki pandai masak, selalu perempuan je," katanya. Zhaeim kini melanjutkan pengajian dalam bidang bakeri dan pastri di Kolej Vokasional Langkawi. "Tapi saya berpegang pada kata-kata arwah ayah, semakin kita dewasa, semakin ramai musuh. Saya ambil yang positif sahaja, apa-apa komen negatif saya ambil untuk perbaiki diri," ujarnya lagi. Menerusi video itu, Zhaeim berkongsi teknik hidangan olahan sendiri yang menggunakan 'greentea churros with greentea sauce' yang dihasilkan sewaktu subjek inovasi di Kolej Vokasional Langkawi, Kedah. Posting Zhaeim yang tular di Twitter. Selain salah faham mengenai kapsyen serta pujian netizen mengenai bakat masakan, tidak kurang juga yang turut memperkatakan mengenai paras rupa Zhaeim. Malah, dia juga sebelum ini pernah tular kerana dikatakan memiliki wajah mirip putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah. Selain bakat masakan, paras rupa Zhaeim turut menarik perhatian ramai. Menurut Zhaeim, dia enggan memikirkan soal itu kerana bakat merupakan perkara utama yang diperlukan untuk mencapai cita-citanya. Menurut Zhaeim lagi, dia juga berhasrat membuka kafe sendiri, suatu hari nanti.