BETUL-betul macam pelakon K-Drama, demikian reaksi netizen berhubung penularan video seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berbahasa Korea. Lebih menghiburkan, dia bertutur dalam bahasa Korea secara rambang sahaja sewaktu mengejutkan salah seorang rakannya agar bangun dan bersiap ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Pelajar berkenaan, Mohamad Noor Aqif Nur Hazery, 18, sewaktu dihubungi mStar mengakui agak terkejut apabila video berkenaan kini menerima hampir sejuta tontonan menerusi laman Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Artis Kpop - BTS pakai Baju Melayu kiriman peminat Malaysia ARTIKEL BERKAITAN: "Dia memang kacak, macam dalam drama" "Situasi tu berlaku secara spontan je, nak kejut kawan bangun solat. Saje usik-usik dia. Dengar sekilas macam betul-betul bahasa Korea. "Tapi sebenarnya tak, saya main sebut je. Sebab pernah dengar orang cakap Korea kan, tengok K-Drama, saya tirulah. "Mak saya pun layan cerita Korea, saya pun pernah usik mak sebelum ni cakap Korea dengan dia," ujarnya sewaktu dihubungi. Minat biasa-biasa je, minat sebab budaya dia lain. Saya juga dengar lagu K-Pop, antaranya Blackpink, BTS. Layan juga la sikit-sikit. MOHAMAD NOOR AQIF NUR HAZERY Menurut penuntut jurusan Perdagangan di UiTM kampus Lendu, Melaka itu, dia juga gembira apabila video berkenaan menerima reaksi positif orang ramai. "Perasaan tu gembira jugalah. Ramai yang komen positif. Yang negatif pun saya OK je, kalau ada kekurangan, kita ubahlah attitude dari masa ke semasa. Paparan skrin video Aqif di Twitter. (Kredit: @PelayarHighway). "Kejut solat tu tanggungjawab bersama, nak pergi kelas pun kami saling kejutkan juga. Dah terbiasa rutin macam tu dengan kawan-kawan. "Sama-sama ingatkan, mereka dah jadi macam keluarga sendiri," ujar Aqif yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Menurut Aqif lagi, dia tidaklah obses dengan hiburan dari Korea Selatan, namun ada menonton beberapa drama dan filem dari negara itu. Antaranya, Miracle in Cell No. 7, Legend of the Blue Sea dan Train To Busan. Aqif merupakan penuntut UiTM Lendu, Melaka. "Minat biasa-biasa je, minat sebab budaya dia lain. Saya juga dengar lagu K-Pop, antaranya Blackpink, BTS. Layan jugalah sikit-sikit," katanya lagi. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen menerusi ruangan balas posting video berkenaan. Selain memuji mimik wajah serta intonasi dialog yang disifatkan persis pelakon sebenar dari Korea Selatan, netizen turut meluahkan rasa teharu dengan sikap Aqif yang rajin mengajak rakan untuk menunaikan solat. "Kawan yang beria ajak solat macam ni lah kita perlukan! Hidup bbnu!!! "Ni mesti jenis layan drama Korea, pastu bantai ikut suka. Cara cakap tu dah ade dah. "Bestnya kalau aku ada kawan-kawan macam ni mesti aku tak homesick duk kolej," tulis beberapa netizen. View this post on Instagram Katanya guna bahasa Korea ajak kwn solat, dia punya penghayatan siap muka2 ? #mstarkongsi #janganseriussangat #mstaronline #eemstar A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Sep 6, 2019 at 6:33am PDT