BIADAB, begitulah yang boleh digambarkan terhadap tindakan seorang gadis yang mempermainkan kes kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain pada Ahad lalu. Gadis itu menerusi laman Twitter miliknya memuat naik satu perkongsian yang memaparkan kata-kata kurang sensitif berhubung kematian allahyarham sehingga dikecam ramai. "Ada parents call ayah aku complain adik aku suruh junior dia buat Maggi. My dad: Lah saya ingatkan anak awak mati kena seterika," tulis gadis itu. ARTIKEL BERKAITAN: Akmal akhirnya bersuara, luah 2 tahun lalui igauan ngeri, “Andai Zulfarhan masih hidup, saya nak minta maaf sebab tak dapat selamatkan dia” ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai dalam mahkamah mak pegang” - Lega dengar keputusan, anak dedah barang Zulfarhan setia bersama ibu, ada bau arwah Menganggap ia sebagai satu jenaka, dia turut menyertakan tiga emoji ketawa sehingga keluar air mata dalam posting berkenaan. Kata-kata 'mati kena seterika' dipercayai merujuk kepada kematian tragis allahyarham yang dipercayai meninggal akibat ditekap dengan seterika oleh rakan penuntut di UPNM. Kamu tak jaga sensitiviti keluarga arwah Zulfarhan dan kamu juga sokong buli dengan kenyataan awak tu. Fikir kelakar ke cakap macam tu tanpa fikir dulu? PELAYAR TWITTER Carian bagaimanapun mendapati gadis itu sudah memadam akaun Twitter miliknya. Ia susulan kecaman tidak putus-putus yang diterimanya menerusi platform media sosial itu. Rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan menyifatkan gadis itu sebagai biadab dan tidak sensitif dengan kes berkenaan. Sebahagian daripada penuntut UPNM dihadapkan di Mahkamah Majistret atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap rakan seuniversiti mereka, Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lepas. "Kamu tak jaga sensitiviti keluarga arwah Zulfarhan dan kamu juga sokong buli dengan kenyataan awak tu. Fikir kelakar ke cakap macam tu tanpa fikir dulu? "Lain kali cakap kat bapa awak, jangan galakkan adik awak tu buli orang. Awak pun patutnya kena ambil serius about this.. Its not funny. "Where is the funny part? Terangkan please? The part where adik berlagak bos suruh orang buat kerja takde kaitan or the part where your dad buat lawak pasal kematian anak orang lain? Allahyarham Zulfarhan bersama keluarganya. Pada Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam kematian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain untuk membela diri. Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Azman Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan. Posting gadis itu sebelum dia memadam akaun Twitter dipercayai akibat dikecam netizen. Enam daripada tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri; dan Abdoul Hakeem Mohd Ali diperintah membela diri daripada pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman. Kesemua tertuduh yang berusia 23 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017. Pertuduhan terhadap mereka yang dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.