suria

Pelajar sound rakan ‘peram’ mangkuk, sudu, garfu miliknya sebenarnya ada penyakit - “Ia kepunyaan mak saya yang dibawa dari rumah”

Video Faiz menggesa seorang rakannya agar memulakang mangkuk, garfu dan sudu miliknya menjadi tular di media sosial.

BARU-baru ini tular sebuah video menunjukkan seorang pemuda berang dengan rakannya yang tidak memulangkan bekas makanan, sudu dan garfu miliknya.

“Hari tu aku ada mangkuk Tupperware warna ungu… Zulhimi, dia ambil mangkuk, garfu dan sudu dengan Maggie bawa pergi. 

“Zul tolong pulangkan mangkuk, garfu dan sudu, dan jadi rakan serumah yang berguna. Basuh! Pulangkan balik!,” katanya menerusi video kira-kira seminit itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tinggal bekal, ‘kecoh’ satu MRT, isteri pesan “bagi min jelah makan masak lomak ayam tu, tapi...”

ARTIKEL BERKAITAN: "Beri saya peluang move on" - Penghuni minta maaf 'ternak' lipas, takutkan rakan serumah

ARTIKEL BERKAITAN: “Kawan tukang jerit, saya tukang tutup” - Tetamu, pintu uji kesabaran, dua rakan sebilik guna botol selesai masalah

Video yang tular itu menerima pelbagai reaksi netizen termasuk antaranya menganggap ia sebagai bahan lucu selain bersimpati nasib yang menimpanya.

Pemuda di dalam video tersebut, Muhammad Nur Faiz Samsuri kesal kerana ramai khususnya netizen menyalahtafsirkan video itu yang dirakamnya sendiri.

Sudu dan garfu antara barang milik Faiz yang masih belum dipulangkan oleh Zulhilmi. Gambar sekadar hiasan. Foto Raymond Ooi

Pelajar berusia 21 tahun itu memberitahu, klip video yang menggesa rakannya, Zulhimi supaya memulangkan barang-barang miliknya hanyalah sebahagian daripada video penuh berdurasi enam minit yang pada awalnya dikongsikan di laman Youtube.

“Di dalam video penuh itu, saya cuba untuk meluahkan tentang isu kebersihan dan tanggungjawab membabitkan rakan-rakan serumah saya di kolej. 

“Hanya di bahagian hujung video yang menunjukkan saya menggesa rakan serumah saya, Zulhimi supaya memulakan barang-barang saya.

“Bila tinggal serumah, semua penghuni sepatutnya bekerjasama menjaga kebersihan. Tapi masih ada yang tidak bersih di asrama, takkan saya seorang saya yang kena bersihkan, bukankah kebersihan itu tanggungjawab bersama?” katanya kepada mStar.

Komen netizen mengenai video Faiz yang tular.

Faiz berkata, dia bagaimanapun sempat memadamkan video versi penuh sebelum ia tular selepas menerima komen-komen negatif daripada netizen.

“Selepas saya muat naik video penuh di Youtube, ada hater mula kecam saya. Sebab itu saya padam video tapi bahagian hujung pasal minta mangkuk, garfu dan sudu tu yang menjadi perhatian netizen sehingga tular.

“Jujurnya, memang saya naik angin barang-barang tu dipinjam dan tidak dipulangkan semula. Ia adalah kepunyaan mak saya yang dibawa dari rumah. Bila mak saya dapat tahu pasal hal ni, dia sangat kecewa,” katanya yang berasal dari Muar, Johor.

Ia adalah kepunyaan mak saya yang dibawa dari rumah. Bila mak saya dapat tahu pasal hal ni, dia sangat kecewa

FAIZ

Menurut pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuiz) itu, sejak videonya tular, beberapa rakan serumahnya mula menitikberatkan tentang kebersihan.

“Kalau dulu, ada saja yang selamba tinggal pinggan ke cawan kat sinki, tapi tak basuh. Saya juga yang kena basuh, nak bising tak tahu siapa punya kerja.

“Walaupun masih ada yang pemalas, tapi nampak ada perkembangan. Lebih-lebih apabila segelintir mereka faham dengan keadaan saya.

“Saya beritahu mereka ‘kalau aku sakit, siapa yang nak tolong kemaskan macam selalu’. Mereka tahu saya ada penyakit asma dan darah tinggi, tak boleh nak marah-marah tapi pada masa sama, saya boleh melenting disebabkan mementingkan kebersihan,” katanya sambil menambah bahawa dia mempunyai 11 rakan serumah.

Klip video yang tular hanyalah sebahagian daripada rakaman penuh, namun telah dipadamkan.

Sehubungan itu, Faiz yang merupakan pelajar Diploma Perbankan Islam berharap perkongsian videonya yang tular itu dapat dijadikan pengajaran buat semua.

“Kalau menggunakan sesuatu barang yang bukan milik kita, jagalah ia dengan baik dan pulangnya semula dalam keadaan dengan rasa penuh tanggungjawab.

“Pasal barang yang dipinjamkan Zulhilmi tu sejak Julai lalu, saya masih tunggu dia pulangkannya semula sebelum cuti semester pada bulan depan,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Zulhilmi, Tupperware, Kuiz

Artikel Lain