KISAH seorang pemandu berbangsa Cina bagi perkhidmatan e-hailing, MyCar, menarik perhatian netizen apabila membantu pelajar universiti berbangsa Melayu sehingga insiden itu menjadi tular. Keprihatinan pemandu bernama Yew Ah Tat bukan sahaja mendapat pujian netizen, malah meraih perhatian MyCar yang menyediakan perkhidmatan berkenaan. Sehubungan itu, syarikat berkenaan berkata, Ah Tat akan diberikan ganjaran, manakala pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu juga akan dibantu. ARTIKEL BERKAITAN: Siswi makan mi segera, biskut kering untuk jimat break down gara-gara baki duit tercicir, mujur uncle Cina bawa MyCar penyelamat – “Kalau diizinkan jadi peguam saya nak tolong uncle” ARTIKEL BERKAITAN: Gadis solat atas rumput tepi jalan, uncle Cina bawa Grab sanggup tunggu, “Kereta dia bersih, wangi... macam hatinya sebab respek kami” “Sikap prihatin seorang pemandu MyCar berbangsa Cina, Yew Ah Tat yang berbesar hati untuk membantu pelajar ini membuktikan perpaduan di antara kaum masih utuh di Malaysia. Yew Ah Tat diberikan ganjaran oleh MyCar di atas keprihatinannya membantu seorang pelajar. “Sebagai tanda penghargaan, pihak MyCar akan memberi ganjaran RM500 tunai kepada Yew Ah Tat serta tiada penolakan komisen pemanduan selama tiga bulan. “Malahan MyCar juga turut memahami akan bebanan pelajar tersebut dan akan menawarkan bantuan wang tunai sebanyak RM500 kepada pelajar UiTM tersebut. Bantu membantu adalah amalan yang mulia,” tulis MyCar di halaman rasmi Facebooknya pada Isnin. Terdahulu, mStar melaporkan mengenai seorang pelajar UiTM di Shah Alam dibantu oleh seorang pemandu perkhidmatan MyCar selepas keciciran wang semasa berbelanja di sebuah pasar raya sebelum pulang ke asrama. Posting MyCar di Facebook yang menghargai salah seorang pemandunya. Bukan sekadar cuba menenangkan pelajar tersebut yang dilanda masalah, pemandu MyCar itu turut menawarkan bantuan membelikan makanan kepadanya. “Uncle minta saya berjanji supaya belajar rajin-rajin. Uncle kata, ‘hari ni uncle tolong kamu, harapnya orang lain akan tolong uncle pula’. Uncle tu peramah dan cara dia bercakap seperti seorang ayah,” ujar pelajar UiTM itu, Siti Nur Hanini Kamarudin. Saya bersyukur sebab kebaikan dia dibalas walaupun tanpa dia minta. Dia berhak menerimanya. Dan cerita ini berjaya membuka mata ramai netizen bahawa sebenarnya tidak rugi untuk berbuat kebaikan. NINIE Bercakap kepada mStar, pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang itu amat bersyukur dengan ganjaran yang ditawarkan kepada pemandu tersebut di atas kebaikannya. “Saya bersyukur sebab kebaikan dia dibalas tanpa dia minta kerana dia berhak menerimanya. Dan cerita ini berjaya membuka mata ramai netizen bahawa sebenarnya tidak rugi untuk berbuat kebaikan. “Tuhan tu ada di mana-mana. Kita buat baik, orang buat baik semula kat kita. Apapun, saya berharap dapat jumpa uncle tu lagi,” ujar pelajar berusia 19 tahun itu. Ninie memberitahu pemandu yang membantunya itu berhak menerima ganjaran di atas kebaikannya. Lebih mesra dipanggil Ninie, dia terharu dan berterima kasih dengan tawaran bantuan daripada MyCar susulan kisahnya tular, sambil menambah niatnya hanya untuk berkongsi kebaikan pemandu dalam lingkungan 40an itu. “Saya rasa tak layak dapat bantuan ni, sebab niat saya hanya kongsi cerita kebaikan uncle tu. Tapi rezeki menyebelahi saya disebabkan kebaikan uncle tu. “Saya akan gunakan duit tu sebaik mungkin dan bercadang juga nak bersedekah sedikit-sebanyak bagi membantu kawan-kawan yang dalam kesusahan di universiti,” kataya yang melanjutkan pengajian di kampus UiTM Shah Alam, Selangor.