suria

Video tribute untuk arwah! Sembuh bahu kiri, pelajar VI maut kemalangan... bahu kanan pula patah - “Baiknya arwah masa hidup...”

Darwish maut serta merta di lokasi kejadian pada 13 September lalu.

KEHILANGAN sahabat sudah tentu amat memeritkan, apatah lagi jika selama ini pelbagai kisah suka dan duka diharungi bersama.

Begitulah perasaan Noah Dani Shahrin Azmin saat kehilangan kawan baiknya, Darwish Haykal Mohd Rizalmi yang maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Hentian Kijal, Kemaman pada 13 September lalu.

Sewaktu kejadian, remaja berusia 14 tahun itu dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuala Terengganu sebelum kereta utiliti sukan, BMW X6 dinaikinya bersama keluarga merempuh sebuah lori treler.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembedahan keluarkan bayi berjaya, suami hampir rebah doktor beritahu lidah isteri perlu dipotong ‘semua’ dan segera, “Sayang dah nak mati ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kongsi kisah tragis di sebalik pokok bentuk love di kubur ‘bidadari’, “Kalau dia dah tak ada tolong jangan beritahu saya”

Darwish Haykal yang juga pelajar di Victoria Instution, Kuala Lumpur meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Dek kerana terlalu merindui Darwish Haykal, Noah Dani dan beberapa rakan lain menghasilkan video 'tribute' bagi mengenang arwah.

Antara scene menyedihkan dalam video tribute tersebut.

Video berdurasi 41 saat dengan kapsyen 'The pain of loss' yang dikongsi Noah di Twitter mendapat hampir 300,000 tontonan.

Malah video itu diulang kicau sebanyak 11,000 kali dan mendapat 13,300 tanda suka.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak melihat video tersebut.

Jadi rutin kami di asrama untuk baca Yasin setiap pagi Jumaat. Tak sangka kali ini kami baca untuk arwah waktu tu, semua sebak.

NOAH DANI SHAHRIN AZMIN

"I can't imagine i lost my bestfriend... tengok video ni pun dah nangis," tulis Nsazhari.

"Baiknya arwah masa hidup sampai kehilangan dia terasa sampai macam ni sekali. You all kawan yang baik. Beruntung arwah ada kawan macam korang semua. Semoga arwah tenang di sana. Stay strong all of you," tulis Bibi Ayuni.

Noah, 14, berkata kehilangan Darwish begitu dirasai semua rakan yang mengenalinya.

Posting Noah menjadi tular di Twitter.

"Dia gentleman, wise man, friendly... dia memang baik dengan semua orang. Walaupun kami baru kenal dua tahun, kenangan saya bersama dia memang banyak.

"Sedih sangat-sangat bila dapat berita dia meninggal. Mula-mula tu rasa macam tak percaya. Lepas tu bila kami cari info rupanya betul dia dah pergi.

"Jadi rutin kami di asrama untuk baca Yasin setiap pagi Jumaat. Tak sangka kali ini kami baca untuk arwah waktu tu, semua sebak," katanya.

Darwish aktif bermain ragbi.

Jelas Noah, Darwish Haykal baru sahaja pulih daripada kecederaaan bahu kiri ketika bermain ragbi.

"Arwah memang aktif main ragbi. Sebelum meninggal dunia dia patah bahu kiri masa main ragbi.

"Tapi saya dapat tahu bahu kanan dia pula patah akibat kemalangan tu. Semasa kejadian arwah dikatakan tercampak keluar daripada kenderaaan," katanya.

Ditanya mengenai video yang tular itu, Noah berkata ia adalah cetusan idea bersama rakan-rakan yang rapat dengan arwah.

"Kami duduk satu asrama. Kami tulis nama kami dekat locker dia. Mula-mula nak post sebab teringat dan rindu dekat arwah yang pergi secara mengejut.

"Tak sangka video tu boleh viral. Kami pun terkejut sebab ramai komen sedih tengok video tu," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain