KADANG-kadang kita tidak pernah terfikir mengapa segelintir orang mengambil masa yang lama di kaunter bayaran sehingga membuat orang lain di belakang tertunggu-tunggu. Situasi inilah yang berlaku kepada tiga anggota tentera selepas membuat pesanan makanan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak. “Agak lama askar ni memilih lauk... jadi kawan ni nak bayar dan cakap kat kawan prebet yang cakap kena bayar dulu sebelum makan. ARTIKEL BERKAITAN: Siswi makan mi segera, biskut kering untuk jimat break down gara-gara baki duit tercicir, mujur uncle Cina bawa MyCar penyelamat – “Kalau diizinkan jadi peguam saya nak tolong uncle” ARTIKEL BERKAITAN: Guru dikecam beri sumbangan snek, coklat mahal untuk orang susah! “Aku letak diri aku sebagai penerima” “Jadi kawan ni keluarkan dompet betul depan abe. Ya Allah, abe tengok dompet kosong... dia buka belah celah kad-kad tu ada RM20 yang dilipat kemas. Biasanya duit lipat ni duit kecemasan. Abe rasa sedih gila tengok perwira negara macam tu. “Jadi abe cakap, tak apa kak... dia orang ni saya bayar sekali,” menurut perkongsian di halaman Facebook Wan Mus pada Isnin sehingga dikongsi 4,000 kali. Bercakap kepada mStar, Wan Mus atau nama sebenarnya Wan Mohd Musyris Wan Harujan berkata, kejadian berlaku pada petang Sabtu lalu, semasa dia dalam perjalanan bersama keluarganya dari Kuala Lumpur ke Bagan Serai, Perak. Hanya menikmati nasi putih dan ayam goreng tanpa sayur. Gambar sekadar hiasan, foto ihsan Wan Mohd Musyris Wan Harujan Dia yang berusia 35 tahun itu memberitahu, di R&R itu dia kemudian singgah di sebuah gerai untuk membeli nasi lemak buat anaknya sehinggalah dirinya dipertemukan tiga anggota tentera yang datang bersama pasukannya yang lain. “Saya di tepi mereka yang di depan juruwang untuk buat bayaran. Lama juga mereka di depan tu sehingga isteri saya pun tanya kenapa saya lama sangat kat satu gerai. “Lebih lima minit lah juga mereka kat depan tu. Daripada gaya dan pemakaian, mereka macam askar prebet. Wajah mereka nampak gelisah,” katanya kepada mStar. Dia yang lebih dikenali sebagai Wan Mus berkata, kegelisahan itu terjawab selepas melihat wang kertas RM20 yang terlipat di celah dompet seorang daripada mereka. “Saya buat bisnes dan saya tahu keadaan macam ni. Keluar duit pun lambat dan ambil masa untuk tanya berapa harga, mungkin terkira-kira berapa nak kena bayar. “Tengok juga lauk yang mereka ambil. Seorang tu hanya ambil nasi kosong dan ayam goreng, tak ada sayur atau kuah. Seorang lagi pula pun ambil nasi kosong tanpa sayur dan kuah, ditambah dengan ayam masak merah. Seorang lagi tak ambil,” tambahnya. Seorang anggota tentera hanya mempunyai wang kertas RM20 di dalam dompet. Gambar sekadar hiasan/foto hajimet photography/fotolumayan.wordpress Tindakannya untuk membantu membayar lauk yang diambil anggota tentera itu ternyata mengejutkan mereka dan reaksi tersebut jelas dilihat pada wajah masing-masing. Ia sekali gus mengimbas kembali dirinya yang pernah merasai keperitan hidup susah kira-kira lapan tahun lalu kerana membuat pusingan modal dalam perniagaan. Itu mereka saja yang saya nampak. Kalau mereka nak makan pun susah macam tu, bagaimana pula dengan anak isteri mereka. WAN MUS “Memang tengah kering sebab bayar komitmen itu ini. Saya pernah cuma ada RM2 saja dalam dompet sampai tebalkan muka pinjam duit isteri yang bekerja. “Samalah macam askar-askar tu, duit kecemasan tu cuma RM20, tapi lauk mereka yang saya tolong bayarkan berharga RM12. Kalau mereka bayar guna duit tu, bakinya hanya tinggal sikit dan kita tak tahu berapa lagi duit yang mereka ada. Wan Mohd Musyris Wan Harujan. “Itu mereka saja yang saya nampak. Kalau mereka nak makan pun susah macam tu, bagaimana pula dengan anak isteri mereka,” ujarnya yang merupakan pengarah di sebuah syarikat perunding bisnes dan pengiklanan. Menurut Wan Mus, dia teringat pesanan bapanya untuk mendapat keberkatan dalam perniagaan perlu sentiasa bersedekah dan membantu golongan yang susah. Bapa tiga anak itu berkata, setiap pertolongan itu perlu dilakukan dengan ikhlas dan sentiasa bersangka baik terhadap orang yang hendak dibantu. “Apa yang dia buat lepas tu atau dia sebenarnya ada banyak duit, itu terpulang kepada dia. Niat kita adalah membantu orang yang kita nampak dalam kesusahan. “Walaupun masih dalam keadaan terkejut, mereka mengucapkan terima kasih dan bersalam dengan saya. Semoga mereka dan semua pejuang negara dan badan beruniform yang lain dimurahkan rezeki,” katanya.