GELAGAT seorang wanita warga emas menyorong suaminya yang duduk di atas kerusi roda dalam cuaca panas terik ketika berhenti di lampu isyarat dekat Pekan Pendang, Kedah mengundang sebak netizen. Rata-rata bersimpati dan sebak melihat gelagat pasangan suami isteri itu dalam video pendek yang dikongsi Norliyana Husna Roslan di Twitter. Sejak dimuatnaik pada Khamis, video berdurasi 13 saat itu ditonton lebih 80,000 kali di Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Kecil hati sikap anak, ibu tua nekad lari rumah... sakit perut dituduh sebab bela saka - “Hantu dalam perut dok makan, dia kata” ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan air mata di hari lahir, ibu akhirnya dedah rahsia bertarung nyawa ketika bersalin 21 tahun lalu Norliyana atau lebih mesra disapa Yana ketika dihubungi mStar berkata dia terlihat pasangan warga emas yang dipercayai berusia sekitar 60 hingga 70 tahun itu ketika sedang makan tengah hari. "Waktu tu saya tengah makan tengah hari. Bila tengok depa (mereka) berdua, saya terus kesian. Saya pun berhenti makan, bayar lepas tu terus kejar tok (nenek) dengan tok wan (datuk) tu. Posting Yana tular di Twitter. "Tok terkejut bila saya (orang luar) tegur dia. Lepas tu saya terus tanya dari mana nak ke mana. Depa pun cakap baru balik dari bank ambil duit pencen lepas tu nak balik rumah. "Kami sembang sekejap dan sebelum depa balik saya sempat cium, salam dan peluk tok tu. Tok tu kata tak payahlah (peluk) sebab busuk. Tapi saya tetap peluk juga," katanya. Menurut gadis berusia 21 tahun itu, dia terdetik mengejar pasangan suami isteri itu kerana terkenangkan arwah neneknya. "Fizikal dia sama macam arwah tok Yana. Tu yang buat saya teringat dekat arwah tok sendiri. Hati pun terdetik 'kalau ada tok dengan tok wan kan seronok'. "Saya sebenarnya tak sampai hati tengok mereka macam tu. Saya berhenti sebenarnya nak sedekah sahaja. Mungkin dengan duit tu depa boleh guna nak panggil teksi ke, pergi makan ke. "Saya nak tumpangkan pun tak boleh sebab naik motosikal. Jarak dari bank nak ke rumah mereka dekat Taman Sri Pendang agak jauh jugalah dalam 1.5 kilometer... tu yang buat saya lagi sebak," katanya. Yana sedang mengikuti kursus masakan dan pramusaji di Giat Mara, Pendang. Jelas Yana lagi, dia turut bertanya kepada penduduk sekeliling mengenai pasangan warga emas itu. "Saya tanya pak guard area SK Pendang, mereka cakap normal. Memang tok tu akan tolak tok wan tu pergi masjid... kehidupan mereka macam tu. "Ramai penduduk situ (Pendang) cakap mereka dah terbiasa tengok depa. Ada yang offer mereka naik kereta tapi depa tak mau naik. Kami sembang sekejap dan sebelum depa balik saya sempat cium, salam dan peluk tok tu. Tok tu kata tak payahlah (peluk) sebab busuk. Tapi saya tetap peluk juga. NORLIYANA HUSNA ROSLAN. "Sebab tu saya pun tak tanyalah depa lebih-lebih takut nanti depa terasa pula. Tapi dalam hati terdetik nak tahu mereka ni ada anak ke tak sebab tengok mereka jalan kaki berpanas macam tu," katanya. Dalam pada itu, Yana yang berasal dari Pokok Sena turut pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan untuk pasangan itu. "Lepas insiden tu saya terus pi pejabat JKM nak cuba tanya macam mana nak dapatkan bantuan untuk mereka. Saya pun tak kenal tok dan tok wan tu saya cuma ada video saja. Antara komen netizen berkaitan posting tersebut. "Jadi kakitangan JKM minta saya cari maklumat dulu untuk sahkan betul ke mereka tu susah. Tapi saya agak terkilan juga dengan cara JKM sebab mereka tak ambil serius perkara tu. "Ada juga yang kecam saya kenapa pi buat report tak cari maklumat siap-siap. Saya pun jumpa depa tepi jalan takkan saya terus nak minta (maklumat). Sat lagi depa ingat lain pula. Tapi saya tak kisah kecaman tu," katanya. Yana yang juga graduan Diploma Perakaunan dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah menjelaskan dia memuatnaik video tersebut kerana terkesan dengan gelagat pasangan warga emas itu. "Video tu saya rakam selepas bertemu dengan depa. Saya ternampak semula depa dekat trafic light tu. "Saya tak expect pun video ni akan viral. Bagi saya kita kena muhasabah diri. Kita rasa kita susah sebenarnya ada orang lain lagi susah dari kita," katanya. Orang sekitar Pendang memberitahu sudah terbiasa dengan pasangan warga emas itu. Menerusi posting Yana, seorang pelayar Twitter turut memberitahu mengenali pasangan tersebut. "Oh makcik pakcik ni selalu ja orang offer ajak tumpang tapi depa tak mau sebab dia nak dating or manja-manja dengan isteri dia. Selalu keluar sebab nak pi market (pasar) beli ikan," katanya. "Selalu gak nampak depa ni lagi-lagi hari Jumaat. Maklong ni biasa tolak paklong ni pi masjid dekat trafik light tu. Jauh gak depa jalan. Semoga hidup maklong ni diberkati dan dilindungi selalu," tulis Md Shazuan. View this post on Instagram Bila kita rasa kita susah sebenarnya ada orang lagi susah dari kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada ? #mstarkongsi #mstaronline #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Sep 19, 2019 at 4:04pm PDT