TIDAK mahu dilabelkan sebagai hanya pandai berkata-kata atau mencari publisiti murahan, seorang pemuda bakal bermalam seorang diri di sebuah hotel usang di Taiping, Perak. Menurut pemuda yang hanya mahu dikenali Usop Ibrahim, sebagai manusia dia perlu berpegang kepada janji yang dibuatnya. Segalanya timbul apabila dia membaca satu posting mengenai sebuah hotel usang di Taiping yang dikatakan 'keras' oleh pengunjung-pengunjung yang pernah bermalam di situ sebelum ia ditutup. ARTIKEL BERKAITAN: Hajat nak berehat tapi dapat 'takut', 7 sekeluarga penat beraya sukar lelap di hotel misteri, “Dalam gambar lain, realiti menyeramkan” ARTIKEL BERKAITAN: Malam ada, siangnya hilang! Jangan berhenti jika nampak warung di Kuala Pegang Susulan itu, Usop yang tidak mudah percaya dengan cerita-cerita hantu mencabar dirinya untuk bermalam di situ jika tweetnya mendapat 20,000 ulang kicau. Usop mencabar dirinya selepas membaca posting mengenai sebuah hotel di Taiping. "Ya saya tidak main-main apabila sudah mencapai 'retweet' 20k. Manusia perlu berpegang kepada janji kerana apa yang saya akan buat ini bukan untuk mencari pengikut atau nak glamour sahaja. "Sebagai pengguna media sosial kita tidak boleh percaya 'bulat-bulat' apa yang dikongsi di Twitter. Kadang-kadang ada yang cuma reka-reka cerita sahaja. "Persepsi orang kita 'asalkan rumah kosong, ada hantu' perlu diubah. Saya sedar memang makhluk itu wujud, tetapi janganlah terlalu percaya atau takut sangat," kongsinya kepada mStar. Jelas Usop yang bekerja di ibu kota, dia akan pergi 'bercuti' ke hotel itu dalam masa terdekat selepas postingnya mendapat lebih 20,000 retweet. Manusia perlu berpegang kepada janji kerana apa yang saya akan buat ini bukan untuk mencari pengikut atau nak glamour sahaja. USOP IBRAHIM "Sudah tentu kalau pergi ke tempat-tempat macam tu perlulah ada sedikit persediaan perlindungan untuk diri saya. Kalau kunjungan ini tidak melanggar apa-apa peraturan, saya akan teruskan. "Mungkin saya akan bermalam di sana satu malam pada hujung minggu seorang diri. Cuba rasai pengalaman sendiri kemungkinan ada atau tidak entiti di sana. "Ini bukan kali pertama saya berkunjung ke tempat seperti itu. Pengalaman melawat ke rumah-rumah usang sebelum ini akan digunakan dalam 'percutian' saya ke hotel itu kelak," jelas Usop yang akan berkongsi pengalaman sebenarnya nanti. Posting pengguna Twitter mengenai sebuah hotel yang didakwa berhantu di Taiping. Posting mengenai hotel ini berkisahkan pengalaman pengunjung yang menginap di situ dan mengalami pengalaman pelik bersama aktiviti paranomal sebelum ianya ditutup pada tahun 2010.