"CUKUPLAH sekali masuk mahakamah," demikian luah Yusmarlis Adrin Anas. Menurut wanita berusia 32 tahun ini, dia hadir diri ke mahkamah berikutan kes gaduh suaminya Mohamad Fazrien Mohd Ziear dengan seorang lagi pemandu berusia 38 tahun. Insiden pergaduhan berlaku susulan provokasi dengan pemandu sebuah kereta lain sehingga mencetuskan kejadian itu di Plaza Tol Bukit Kiara, Selasa lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak tahu apa masalah dia” - Suami bertumbuk di plaza tol, isteri dedah kisah awal insiden... akhirnya 2 pemandu naik mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: Bertumbuk di plaza tol, dua lelaki dipenjara sehari, denda RM1,000... isteri kena tegur Jelas Yusmarlis, gara-gara insiden ini suaminya dan seorang lagi pemandu didapati bersalah kerana bergaduh di tempat awam dan kedua-dua lelaki itu dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda maksimum RM1,000. Kedua-dua pemandu didapati bersalah bergaduh di tempat awam. "Cukuplah sekali sahaja perkara seperti ini berlaku. Saya harap suami dan pemandu seorang lagi tu ambil iktibar. "Saya memang malu dengan insiden ini. Memang ramai yang kecam saya kerana dikata menggalakkan suami bergaduh. "Rakaman itu sebagai bukti, bukan untuk jadi viral," jelasnya kepada mStar. Saya memang malu dengan insiden ini. Memang ramai yang kecam saya kerana seperti menggalakan suami bergaduh. YUSMARLIS ADRIN ANAS Yusmarlis berkata, dia turut ditegur hakim kerana membiarkan suaminya bergaduh dan merakamkan kejadian itu. "Saya terima teguran tersebut dan sebab itulah saya sudah serik. Walaupun ia berpunca daripada provokasi, tetapi saya akui ia salah suami juga kerana tak sabar. "Akhirnya dua-dua dapat hukuman yang sama rata," katanya yang menganggap kes berkenaan sudah selesai. Malahan, katanya, ketika di mahkamah, dia ada bertemu dengan isteri pemandu yang bergaduh dengan suaminya dan mereka berdua bersalaman tanpa bermasam muka. "Jadi bagi saya kes ini adala berpunca daripada sikap individu itu sendiri. Jadi saya harap jangan libatkan bangsa atau agama. View this post on Instagram Dengar cerita dua-dua pemandu akan naik mahkamah. Hati-hati memandu semua. Artikel penuh di instastory #mstaronlineofficial #mstarmns A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Sep 19, 2019 at 12:15am PDT "Mengenai rakaman yang kedengaran anak saya menangis itu, sebenarnya dua anak saya yang berusia setahun dan empat tahun itu tidak sihat. "Mereka memang demam kerana cuaca teruk, bukannya menangis tengok ayahnya bergaduh. Cuma kebetulan ketika insiden itu berlaku anak yang berusia setahun itu menangis," katannya.