suria

Selepas lawan tarik beg dengan peragut sampai masuk wad kecemasan, wanita ini baru tahu dia sedang hamil... ini pesanannya buat lelaki berjaket hitam!

Siti Fatimah Taqiah bersyukur kandungannya selamat walaupun mengalami kecederaan akibat diragut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja baru-baru ini.

JIKA sebelum ini, berita mengenai jenayah ragut hanya dibaca dan ditonton di televisyen namun seorang wanita tidak menyangka kejadian berkenaan benar-benar menimpa dirinya.

Demikian kisah yang dialami Siti Fatimah Taqiah, yang menjadi mangsa ragut buat pertama kali dalam hidupnya, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih menyelit, rupa-rupanya mat motor ada plan baik punya! Wanita terkedu tengok lelaki gila seks sebelah pintu kereta 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pocong’ tumpang Grand Livina! Pemilik kereta tak tahu menahu, tukang rakam minta maaf, pelaku tak dapat dikesan - “Semoga kamu diberikan hidayah” 

Berkongsi cerita kepada mStar, wanita ini berkata, dalam kejadian di Melaka pada 6 September itu, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal.

“Ketika itu pukul 10.50 pagi, saya dari Krubong Perdana menghala ke tempat kerja di Mydin MITC. Sebaik tiba di lampu isyarat, saya perasan ada sebuah motosikal yang seperti mengekori dari belakang.

“Ketika tiba di Jalan MITC berhampiran Lembaga Perumahan Melaka, penunggang motosikal itu menghampiri dan terus meragut beg yang saya letakkan di dalam bakul di hadapan,” katanya.

Tambah ibu muda berusia 24 tahun ini, ketika peragut yang berjaket hitam dan bersarung tangan hitam itu menarik beg miliknya, dia cuba melawan dengan menarik kembali beg tersebut.

Posting mengenai kejadian ragut yang dikongsi Siti Fatimah di Facebook. 

“Silap saya juga letak beg tu dalam raga, walaupun saya tutup sedikit. Biasa saya letak di bawah tempat duduk. Tapi kalau dah nak jadi cerita hari itu, memang tak boleh buat apa,” ujarnya.

Akibat insiden tarik-menarik beg itu, Siti Fatimah akhirnya terjatuh dari motosikal.

“Ada seorang uncle India, dia tolong kejar peragut dengan keretanya, namun gagal kerana peragut itu pecut laju. Uncle itu kemudian datang kembali untuk membantu saya yang cedera sambil dibantu beberapa kakitangan Lembaga Perumahan Melaka,” ceritanya.

Saya bersyukur sangat kandungan saya selamat. Kalau ikutkan, ketika kejadian itu, usia kandungan saya tiga minggu. Alhamdulillah, kandungan saya dalam keadaan baik hingga sekarang.

SITI FATIMAH

MANGSA RAGUT

Menurut Siti Fatimah, dia dihantar ke hospital menaiki ambulans selepas membuat laporan di balai polis.

“Saya dibawa ke bahagian kecemasan akibat luka di kaki dan terhentak di bahagian punggung.

“Malah sehingga kini rasa sakit di bahagian punggung itu masih terasa,” ujarnya.

Cerita Siti Fatimah lagi, beberapa hari selepas insiden itu, dia mendapat perkhabaran bahawa dirinya berbadan dua.

“Saya bersyukur sangat kandungan saya selamat. Kalau ikutkan, ketika kejadian itu, usia kandungan saya tiga minggu. Alhamdulillah, kandungan saya dalam keadaan baik hingga sekarang,” katanya yang mengandung anak keduanya.

Bagaimanapun, Siti Fatimah meluahkan sedikit rasa kecewa kerana peragut itu masih bebas.

“Sudah tiga minggu sejak insiden itu, namun masih belum ada perkembangan. Kecewa juga kerana rakaman CCTV yang ada sangat kabur dan mungkin sukar untuk mengenal pasti peragut itu.

“Bagaimanapun saya berharap pihak polis mengambil tindakan dengan meneliti rakaman CCTV dari bangunan berhampiran. Selagi dia bebas, saya bimbang orang lain jadi mangsa,” katanya.

Akibat insiden itu, Siti Fatimah berkata dia sehingga kini trauma apabila melihat penunggang motosikal memakai jaket hitam dan topi keledar berpenutup penuh.

“Suami pun tak benarkan saya naik motosikal lagi. Tambah pula saya sedang mengandung, jadi sekarang saya berkereta untuk ke tempat kerja.

“Kepada peragut itu, saya harap kamu segera ditangkap. Orang penat-penat cari duit, kau pula senang saja meragut,”akhirinya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
ragut, hamil, MITC, Mydin

Artikel Lain