suria

Kasihan... remaja ‘tak kacau orang’, hanya suka berfesyen streetwear dilabel kanak-kanak istimewa!

Fesyen yang digayakan Adam menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen. FOTO: Instagram adamkeyoss

PENULARAN foto seorang remaja lelaki yang digelar 'kanak-kanak istimewa' kerana fesyen yang digayakannya menjadi topik perdebatan netizen.

Menurut Muhd Adam Sufian Safari, dia hairan kenapa dirinya dijadikan sasaran individu tersebut di Twitter sehingga menerima pelbagai kritikan, tetapi tidak kurang juga yang mempertahankannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada mesin basuh, jadi apa salahnya” - Gadis obses baju putih bengang rakan lelaki kutuk ‘taste’ fesyen

ARTIKEL BERKAITAN:  Dulu digelar syaitan, usahawan ini dikecam sekali lagi beralih dari tudung labuh ke tudung bawal, “Tak suka jangan follow”

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Adam mengakui peka dengan penularan foto itu sejak beberapa hari lalu.

"Ada orang beritahu gambar saya viral. Perasaan saya OK sahaja sebab saya memang minat berfesyen.

Antara gaya streetwear yang digayakan Adam.

"Tapi adalah juga rasa marah, sebab saya tak kacau orang pun tapi orang kacau saya. Gambar tu diambil masa keluar tengok wayang bersama kawan. 

"Antara komen netizen yang paling saya terasa bila dia kata saya kanak-kanak istimewa," ujar remaja berusia 15 tahun itu.

Saya nak cakap, terima kasih kerana viralkan saya. Saya doa yang baik-baik sahaja untuk mereka. Terima kasih juga kepada yang sokong saya. Saya doakan mereka murah rezeki.

MUHD ADAM SUFIAN SAFARI

Di sebalik komen penghinaan beberapa individu mengenai cita rasa fesyennya, ada juga netizen yang berfikiran lebih matang tampil mempertahankan Adam.

Menurut mereka, remaja itu tidak melakukan sebarang jenayah dan sekadar mengikut trend terkini zaman remajanya, sama seperti yang dilakukan individu dewasa lain ketika zaman muda masing-masing.

Kata Adam, dia berterima kasih kepada mereka yang menyokongnya menerusi platform media sosial itu.

Salah satu posting yang memperlekehkan Adam di Twitter.

"Saya suka berfesyen sejak umur 12 tahun. Apa yang saya gayakan dipanggil steetwear (pakaian jalanan). Biasanya sekali pergi bundle, saya habiskan dalam RM100.

"Keluarga pun tahu gambar saya viral, tapi mereka kata biarkan sahaja.

"Saya nak cakap, terima kasih kerana viralkan saya. Saya doa yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Antara komen yang mempertahankan Adam.

"Terima kasih ada juga yang sokong saya. Saya doakan mereka murah rezeki," ujar remaja yang menetap di Ampang, Selangor itu.

Dalam pada itu, komen beberapa individu yang mempertahankan Adam di Twitter turut menerima ribuan ulang kicau (Retweet).

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain