suria

Jadi pembeli terawal, ‘pakcik’ beli iPhone 11 512GB disaran guna duit pergi umrah... tapi lelaki ‘humble’ ini sebenarnya lebih dari mampu!

Dr Awang Nila (kiri) bersama anak lelakinya.

KEMUNCULAN model telefon pintar baharu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone Pro Max memang ditunggu-tunggu penggemar jenama Apple di seluruh dunia. 

Tidak terkecuali peminatnya di Malaysia sehingga ada yang sanggup beratur sejak awal pagi untuk menjadi pembeli terawal telefon bimbit tersebut.

Switch yang juga pengedar sah produk Apple di Malaysia menerusi Twitternya berkongsi gambar pelanggan pertama dan kedua bagi produk baharu itu di premisnya yang terletak di Kota Bharu Trade Centre (KTBC), Kelantan pada Jumaat lalu.

Tweet itu mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dunia nak kiamat, takut tak sempat ada iPhone' - Pelajar PT3 mesej peniaga online minta telefon percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang menarik dengan tiga model baharu iPhone?

Namun ada juga individu yang dilihat tidak berpuas hati dengan pelanggan pertama berkenaan yang dianggap hanya seorang 'pakcik' biasa kerana sanggup membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk membeli telefon pintar berharga RM6,499 itu.

Antara komen negatif netizen berkenaan posting tersebut.

Malah, ada yang menyifatkan ia sebagai satu pembaziran dan wang itu dicadangkan seelok-eloknya digunakan untuk pergi ke Makkah untuk menunaikan umrah.

Bagaimanapun komen negatif beberapa individu itu mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan pelayar Twitter yang mengenali 'pakcik' tersebut.

"Pakcik bukan sebarang pakcik," kata Dianeazizi.

"Famous doc sekarang," kata seorang lagi pelayar Twitter.

Sebahagian komen netizen yang mengenali Dr Awang Nila.

Berdasarkan komen di Twitter, pembeli pertama iPhone 11 (512GB) itu merupakan Dr Awang Nila Ismail, doktor pakar sakit puan di sebuah hospital swasta di Kota Bharu, Kelantan.

"Pakcik tu adalah Dr Awang Nila... Doktor pakar sakit puan," kata Nikaminariffin.

Biografi ringkas Dr Awang Nila di laman web hospital swasta tempat beliau berkhidmat.

"He was my doctor one yet the most humble and kind person I've ever met. Doctor Awang Nila, he recognize me until now whenever I go to KPJ, saying Hi and asking me 'bakpo mari sini lagi? Sakit gapo pulak ni? hehe such a sweet and caring sangat!" kata Yuudouce.

"The left one is doktor pakar sakit puan di KPJ Kota Bharu. Don't simply throw your words to people. Cakap better pergi umrah dulu daripada beli phone. Mungkin Dr dah every year pergi umrah," tulis Syifa.

"The best doctor," kata Hasnoraz.

Pakcik tu adalah Dr Awang Nila... Doktor pakar sakit puan.

NIKAMINARIFFIN

Sementara itu, pembeli kedua itu pula merupakan anak kepada Dr Awang Nila.

"Anak-beranak ke ni? Muka almost identical..." soal seorang netizen.

"Yang kiri Dr Awang Nila, kanan I don't know his name tapi anak dia," tulis Missmay.

Model terbaharu Apple menjadi kegilaan ramai ketika ini.

Dalam pada itu, tweet tersebut turut mendapat perhatian XavierNaxa yang juga penulis blog dan pengkritik Apple.

Klik DI SINI untuk dapatkan iPhone 11.

"Saya amat berharap rakan Twitter mengicau dengan penuh berhemah. Jangan pertikai sesiapa pun membeli iPhone. Itu hak mereka, jika kita tidak tahu peribadi seseorang jangan menegur atau menghina. Kecuali ada sebab dan musababnya anda terpaksa menegur," tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan komen XavierNaxa.

"Lebih baik kelihatan comot tetapi punya nilai kendiri berkerlipan seperti permata, daripada kelihatan seperti intan dan berlian, namun hakikatnya kau seperti habuk yang menyucuk mata! Takkan beli iPhone 11 nak pakai blazer? Duit dia laaa... tak minta duit kau pun," kata EyzvaEr.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain