suria

“Makwe saya ni sudah ada sejak zaman Jepun lagi” - Hilang rindu dapat video call orang tersayang usia 105 tahun

Shahril amat bertuah mempunyai nenek yang masih sihat dan kuat.

MAKWE saya ni sudah ada sejak zaman Jepun lagi, demikian kongsi  Muhamad Shahril Abd Jalil.

Menurut Muhammad Shahril atau lebih mesra disapa Shahril, dia bersyukur kerana neneknya, Tik Kenot yang dipanggil makwe masih diberi kesihatan yang baik dan kuat lagi.

Pemuda berusia 25 tahun yang sudah berkerjaya sendiri mengakui sentiasa rindukan makwe  yang usianya mencecah 105 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: "Keluarga lebih penting" - Anak akur permintaan ibu hidap strok, berhenti kerja kali kedua... jaga adik kanser tulang

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar sanggup tangguh pengajian, jaga ibu kanser tahap empat

"Keluarga kami memang membahasakan atok dan nenek sebagai abahwe dan makwe. Cuma saya tidak sempat bermanja dengan atok sejak lahir lagi.

"Ibu beritahu saya umur makwe sekitar 105, dan dah melalui zaman penjajahan Jepun dulu.

Nenek Tik kini berusia 105 tahun.

"Walaupun makwe sudah berusia, tetapi dia masih sihat dan selalu gembira disamping 46  cucu dan 67  cicit.

"Saya salah seorang cucunya, kami semua memang rapat," kongsinya kepada mStar.

Tambah Shahril, selepas bekerja di luar Pulai Sebatang, dia terpaksa berjauhan dengan keluarga dan makwe.

"Sekarang ini ibu saya menjaga makwe selepas pak usu meninggal dunia tahun lalu, sebab itulah keluarga saya lebih rapat dengan makwe.

"Memandangkan sekarang saya bekerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor, jaranglah dapat bertemu makwe.

"Beberapa hari lalu kakak ada 'video call' dan dapatlah saya  bercakap dengan makwe. Memang happy sangat tengok wajahnya.

"Ketika itu kakak dan keluarga membawa makwe keluar berjalan-jalan dan makan.

Makwe memang prihatin terhadap kesihatan dan bermacam-macam petua yang dia beri kat kami.

MUHAMAD SHAHRIL ABD JALIL

Cucu makwe Tik

"Jadi saya sempat 'screen shot' video perbualan dengan makwe dan kongsi di Twitter. Memang tak sangka ramai yang bagi komen baik-baik untuk makwe," ujar anak kelima daripada enam beradik ini.

Berkongsi pengalaman membesar bersama makwe, Shahril memberitahu neneknya itu bekas tukang urut dan bidan.

"Masa kami kecil-kecil dulu, memang sudah lali dengan makwe yang membebel pelbagai nasihat.

"Makwe memang prihatin  terhadap kesihatan dan macam-macam petua yang dia bagi kat kami semua.

"Ketika kecil dulu apa yang makwe cakap memang kami tak berapa dengar, tetapi bila semuanya sudah dewasa, memang ada sebabnya. Tengoklah makwe sendiri yang umurnya lebih 100 tahun tapi masih kuat," jelas Shahril.

Netizen turut memberi komen mengenai makwe.

Shahril turut berkongsi pendapat supaya jangan ada sikap biadap dan lupakan orang tua.

"Hargailah orang tua kita yang masih ada. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir di dunia ini.

"Disebabkan mereka jugalah kita membesar seperti sekarang ini. Apabila kita berjaya, sudah tentu orang tua kita akan gembira, lebih-lebih lagi dapat menjaga mereka dengan baik.

"Saya lihat apa yang emak lakukan sekarang (jaga makwe) amat menyentuh hati kerana saya belum tahu adakah mampu menjaga mak saya dengan baik seperti mana dia menjaga makwe.

Shahril selalu menghubungi neneknya jika berjauhan.

"Apabila fikir semua itu, buat saya terharu," katanya.

Perkongsian Shahril  berhubung dengan makwenya itu mendapat pelbagai komen daripada netizen dengan lebih 8,000 ulang kicau.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Makwe, opah, nenek

Artikel Lain