"KAKAK, jaga adik-adik. Tengokkan adik-adik. Kakak anak sulung mama. Tengokkan abah sekali,” demikian pesanan terakhir seorang ibu sebelum menghembuskan nafas terakhir. Perkongsian bebenang pengalaman kehilangan ibu ketika pada usia remaja oleh seorang wanita berusia 34 tahun mengundang sebak pengguna Twitter. Menurut Shazreeyana Ahmad Shukri, ibunya meninggal dunia pada tahun 2008 ketika berusia 46 tahun akibat kanser paru-paru. ARTIKEL BERKAITAN: Anak terkilan tak sudah gagal tunai permintaan solat jenazah, “Dua kereta tak sempat jual, ibu pergi dulu” ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati, hadiah hari jadi dipenuhi darah... “Ada 3 tilam, bila tanya siapa yang meninggal semua diam” Shazreeyana atau lebih kenali Kak Love sepatutnya mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, bagaimanapun hasratnya tidak dapat diteruskan kerana sering terbayang wajah ibunya yang menghembus nafas terakhir di hospital. Jelas Kak Love, ibunya yang dipanggil mama merupakan bekas pensyarah di sebuah politeknik di Kulim. “Tahun itu juga sepatutnya mama mohon untuk sambung ijazah di Australia. Prosedur seperti biasa, perlu buat medical check up. Syazreeyana juga bersyukur sikap tegas bapanya telah menjadi mereka adik-beradik berjaya. “Selepas itu mama ada beritahu doktor nampak sesuatu di paru-paru sebelah kanan sebesar bola ping pong. “Pada masa itu juga saya sedang belajar di sebuah kolej di Perak dalam jurusan perubatan. “Sebagai pelajar perubatan, setiap kali balik cuti saya bawa ‘stethoscope’ nak periksa pernafasan dia. Tak ada ‘wheezing’ atau lain-lain. Cuma mama cakap ada batuk, gatal-gatal di bahagian tekak. “Sebenarnya saya sambung ‘medic’ pun sebab mama nak tengok anak dia jadi doktor. Namun ketika di tahun akhir saya berhenti,” kongsi Kak Love. Menurut Kak Love, dia sangat terkejut selepas ibunya disahkan mengidap kanser paru-paru tahap dua. “Gugur rasanya jantung ketika itu sebab saya tahu ‘prognosis adenocarcinoma’ itu macam mana. Kanser jenis ‘violent’lah juga. Cepat merebak. Gugur jantung ketika itu sebab tahu prognosis adenocarcinoma jenis kanser yang cepat merebak dan'violent'. SYAZREEYANA AHMAD SHUKRI “Saya cuba pujuk untuk buang sebelah paru-parunya, tetapi mama takut pembedahan dada. Tetapi mama setuju buat rawatan kimoterapi dan radioterapi sahaja. “Selepas itu, saya masih ingat mama menangis sebab rambut dah gugur dan risau abah dah tak tertarik dengannya lagi. Tetapi saya cakap, kalau rambut itu gugur maknanya ‘chemo’ itu berkesan dan bunuh sel-sel kanser,” jelas Kak Love. Tambah ibu kepada dua orang anak ini, dia masih ingat bagaimana mamanya melawan kanser dan kuat. “Mama tak macam orang sakit kanser. Dia jenis yang ‘happy go lucky’, suka masak dan sangat positif. Saya dan adik, Ferra bergilir-gilir jaga mama ketika dia pulang bercuti belajar di Amerika Syarikat. “Keadaan mama semakin teruk selepas doktor sahkan kansernya merebak ke tulang belakang, namun mereka tidak mahu beritahu mama. Doktor pesan hanya gembirakan mama. “Pun begitu, mama macam biasa tetap gembira dan nak makan macam-macam. Dia seorang yang baik dan ramai kawan. Sebahagian daripada 'thread' kisah mamanya di Twitter. “Dan dia juga dapat makanan kegemaran Kelantan yang dibawa oleh kawannya. Setiap hari ramai yang datang melawat mama,” luah Kak Love lagi. Walau sekuat mana cuba menerima hakikat mamanya akan pergi, akhirnya Kak Love tewas jua. “Dan pada 13 September 2008 mama akhirnya pergi meninggalkan kami. Mama tak boleh bernafas , rupa-rupanya paru-paru dia sudah berdarah. Tahap oksigen juga sudah menurun. “Walaupun dalam keadaan nazak, mama sempat berpesan ‘kakak jangan menangis. Mama kuat. Allah ada’. Itulah ayat-ayat yang mama ulang-ulang. “Dan itulah kali terakhir lihat mama dan kisah saya jadi anak yatim. Mama saya, kawan baik untuk selama-lamanya,” tulis Kak Love yang mempunyai tiga beradik. Kak Love mengakui selepas kehilangan orang tersayang timbul pelbagai perasaan terhadap mereka. “Rasa menyesal sebab jarang jumpa mak ayah. Masa dah hilang, harta benda yang ada di dunia seperti tidak bermakna. Saya sanggup gadaikan apa sahaja untuk dapatkan mama balik. Antara komen netizen mengenai posting Kak Love. “Tetapi tak boleh buat apa, ajal dan maut di tangan Allah. Saya reda dengan kententuanNya. “Saya juga mengalami depresi selepas mama tiada, namun dapat mengatasinya. “Rasa kehilangan yang menyeksakan ini buat kita belajar menghargai orang-orang di sekeliling kita,” katanya. Dalam pada itu Kak Love mendedahkan arwah mamanya banyak mengajar sesuatu yang penting dalam kehidupan. "Mama ajar Kak Love erti sabar bila ditimpa kesusahan atau ada orang yang berbuat tak baik dengan kita. Dia selalu pesan, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. "Sebagai ibu kepada dua orang anak, Kak Love belajar banyak perkara dari arwah mama. Dia mengajar bahawa anak-anak perlu diajar dengan seimbang dari segi disiplin dan kasih sayang. "Dia layan anak-anak macam kawan baik, namun kalau buat salah kami tetap ditegur hingga menusuk ke hati tetapi penuh berhemah," kongsinya kepada mStar. Selepas berhenti belajar bidang perubatan, Kak Love meneruskan kerjaya sebagai jurumekap sepenuh masa di seluruh Malaysia, Singapura dan turut menganjurkan kelas di Australia. "Sebenarnya minat dalam bidang kecantikan ini dari arwah mama juga. Dia dulu ada buka salun kecantikan dan menjual produk kosmetik. "Saya selalu menolongnya di salun, buat 'facial' dan rambut, mekap pengantin sejak dari umur 10 tahun. "Arwah mama merupakan pensyarah sepenuh masa, jadi ketika itu dia teruskan minatnya itu secara separuh masa sahaja," jelasnya yang kini sudah bergelar usahawan dan mempunyai produk sendiri sejak 2017.