suria

Kenapa biadab? Uncle bawa 4WD terus ‘blah’, tak mahu bincang selepas langgar kereta

Tangkapan skrip video seorang pemandu 4WD didakwa melanggar sebuah kereta di Lebuhraya Sungai Besi, Kuala Lumpur, sehingga menjadi tular.

BIADAB! Begitulah gambaran mengenai seorang pemandu pacuan empat roda (4WD) apabila enggan memberikan kerjasama selepas didakwa melanggar sebuah kenderaan lain di lebuhraya. 

“Berhenti tepi, kita report polis. Lu sudah langgar I punya kereta,” antara yang diperkatakan perakam video berdurasi satu minit dan 17 saat itu.

Klip video itu kemudian menunjukkan pemandu 4WD itu memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum beredar sebaik perakam keluar dari keretanya.

Uncle ini langgar kereta saya dan enggan memberhentikan kereta untuk berbincang dengan saya. Ajak pergi balai polis pun tak nak,” menurut perkongsiannya di laman sosial Twitter sehingga tular.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berapa kali dia nak kena marah?” - Vellfire remuk dihentam, pemiliknya ada alasan sendiri ajak pemandu lori lepak mamak

ARTIKEL BERKAITAN: Staf Masih Fikir Bos Lepas Kena Langgar Bas, Ini Jawab Syarikat

Bercakap kepada mStar, individu yang merakamkan video tersebut memberitahu insiden berlaku ketika kesesakan lalu lintas lewat petang Jumaat lalu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kuala Lumpur ke rumahnya di Puchong, Selangor.

Pemandu 4WD cuba memberhentikan kenderaannya di bahu jalan selepas diminta beberapa kali untuk berbuat demikian.

Hanya mahu dikenali sebagai Farid, pemuda berusia 25 tahun itu berkata, sebelum kejadian dia memberikan isyarat untuk masuk ke lorong di sebelah kanan lebuhraya.

“Banyak kali saya dah bagi signal, tapi dia tak bagi saya masuk lorong dia. Lagi saya ke depan, dia pun nak cepat ke depan juga.

“Kemudian ada kereta di hadapannya sudah ke depan jauh dan saya yang masih bagi signal dan masuk ke kanan, tapi dia masih tak puas hati sebab saya dapat ke depan sebelum himpit ke kiri dan terlanggar bahagian depan kereta saya,” katanya.

Menyedari keretanya dilanggar, Farid berkali-kali meminta pemandu berusia lingkungan 40an itu agar memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk menyelesaikan kes tersebut tetapi tidak dipedulikan.

Perkongsian seorang pemuda yang mendakwa keretanya dilanggar pemandu 4WD.

Dalam pada itu, dia turut memberi penjelasan mengenai komen warganet yang mempertikaikan tindakannya membuat rakaman kerana menjadi satu kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Masa tu saya tak sihat untuk ingat nombor plat kereta dia. Kalau saya berhenti kereta, dah sah-sah uncle tu terus pecut. Nombor kereta tak dapat, apa pun tak dapat.

Isunya adalah sikap, kenapa dia biadab tak nak berhenti dan berbincang. Kalau dia berhenti berbincang, mungkin ada cara lebih baik untuk kami selesaikan.

FARID

“Jadi, saya terpaksa buat rakaman untuk dapatkan nombor plat kereta. Ia boleh jadi bukti kalau dia tak mahu berhenti. 

“Memang dia cuba berhenti di tepi jalan apabila saya cuba pintas kereta dia, tapi dia kemudian masuk lorong balik dan pergi macam tu je,” katanya.

Pemandu 4WD terus beredar sebaik perakam keluar dari kereta.

Farid yang merupakan eksekutif di sebuah syarikat membuat laporan polis di Balai Polis Seri Petaling pada Sabtu berhubung kejadian.

“Saya terpaksa buat laporan polis keesokannya sebab saya memang tak sihat pada hari kejadian. Saya diberitahu tiada laporan polis dibuat oleh uncle tu,” katanya.

Menurut Farid, kereta Perodua Kenari miliknya mengalami kerosakan dengan kesan calar di tepi bahagian depan kenderaannya.

“Walaupun ia adalah kerosakan kecil, tapi saya masih perlu menghantarnya ke bengkel untuk dibaiki. Dan isunya adalah sikap, kenapa dia biadab tak nak berhenti dan berbincang.

“Kalau dia berhenti berbincang, mungkin ada cara lebih baik untuk kami selesaikan. Saya berharap ada tindakan susulan laporan polis yang saya buat,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
uncle, Kenari, 4WD, langgar

Artikel Lain