suria

Atok 79 tahun koma sebelum lumpuh akibat tangan dipatuk ular - “Tok wan dah biasa mandi sungai tapi hari tu nasib tak baik”

Tangan tokwan Taha membengkak selepas dipatuk ular tedung selar.

GARA-gara dipatuk seekor ular tedung selar, seorang warga emas terlantar sakit selepas dua hari koma.

Warga emas berusia 79 tahun, Muhamad Yusoff Mohd Saman terlantar lebih kurang sebulan selepas lengan tangan kanannya dipatuk ular berbisa itu ketika mandi di sungai di Jeniang, Kuala Muda, Kedah bulan lalu.

Cucunya yang hanya dikenali sebagai Taha memberitahu, tokwannya terpaksa ditahan di hospital lebih seminggu, dan hingga kini keadaannya masih belum pulih sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak percaya benda karut tu semua” - Gadis ‘moody’ baling senduk tewaskan ular masuk rumah, anak buah selamat

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh reviu produk guna ular, aksi 2 gadis ini bikin ramai berang... “Dah tak ada manusia ke nak dijadikan model"

"Selepas rawatan di hospital, keadaan makin teruk apabila tangannya membengkak hingga ke tengkuk dan berair. Tokwan hanya terbaring, nak makan pun susah.

"Kami meneruskan rawatan secara tradisional dan ada nampak sedikit perubahan," kongsinya kepada mStar.

Tokwan terlantar sakit selepas dipatuk ular tedung selar bulan lalu. Foto. FB


Jelas Taha, tokwannya memang selalu mandi di kawasan sungai di Kampung ini sejak dulu lagi.

"Mungkin hari itu dia tidak bernasib baik, bertembung dengan ular tedung selar. Saya memang terkejut ianya berlaku kerana belum ada kejadian serupa yang menimpa sesiapa sekarang ni.

"Kami akan terus berikhtiar menyembuhkan tokwan dan saya harap sangat dia akan kembali pulih dan boleh bergerak seperti biasa," tambahnya.

Mungkin hari itu tokwan tak bernasib baik bertembung dengan ular ketika mandi di sungai.

TAHA

Cucu Mangsa Patuk Ular

Kisah Muhammad Yusoff ini menjadi tular di Facebook selepas Taiping Zone memuat naik posting tersebut.

Menurut posting itu, ular tedung selar itu sebenarnya sudah lama ada di kawasan sungai itu.

"Bila dia melangkah kaki untuk naik ke darat dia terasa lengan kanan ditusuk sesuatu dan dengan jelas dia melihat di hadapannya seekor ular tedung selar sebesar lengan.

Posting mengenai keadaan Muhammad Yusoff yang dipatuk ular.

"Dia terus pulang ke rumah tanpa memukul ular itu. Nasib baik anaknya ada di rumah, dia segera di hantar ke hospital.

"Dah 20 hari dan saya di panggil untuk bantu keluarkan baki bisa yang masih ada. Saya lihat keadaannya sangat teruk.

"Tidak mampu bergerak lagi hanya terlantar kerana lumpuh semuanya dan tidak mampu makan makanan yang keras kerana lidah kurang berfungsi akibat bisa ular itu," tulis posting itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ular Tedung Selar, Tokwan

Artikel Lain