“ALHAMDULILLAH, Allah bukakan pintu hati saya untuk mencari siapa gerangan insan yang berhati mulia ini,” demikian kata pemuda yang bertindak memulangkan wang kepada pemandu yang tidak sengaja melanggar keretanya, minggu lalu. Berkongsi cerita kepada mStar, Hir Niezam Nasihin berkata, dia tidak menyangka masih wujud insan berhati mulia, jujur dan bertanggungjawab di atas kesilapan yang dilakukan. Menceritakan kembali insiden minggu lalu, pemuda yang mesra dipanggil Niezam itu berkata, dia memakir keretanya berhadapan Public Bank di Taman Sri Gombak untuk menyelesaikan beberapa urusan. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sangat takut untuk tahan mana-mana kereta” - Pensyarah tak boleh move on diselamatkan adik beradik India, Proton Saga lama... ini sebabnya! ARTIKEL BERKAITAN: Uncle Cina bantu pelajar UiTM terima ganjaran, tempias ke siswi juga - “Cadang nak sedekah tolong kawan-kawan susah” “Sekembalinya saya ke kereta, saya nampak ada sekeping sampul diselitkan di wiper. Saya ambil dan membukanya sebaik masuk ke dalam kereta dan terkejut melihat dua keping wang RM50 bersama nota. “Di dalam nota, insan itu memohon maaf kerana tidak sengaja mencalarkan kereta saya dan menyertakan wang sebagai bayaran ganti rugi atas kerosakan kereta saya. “Serta merta saya tersentuh hati kerana tidak sangka, mulia dan jujurnya hati orang itu. Sekarang ini susah nak cari orang yang hatinya baik. Alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati saya untuk mencari insan ini,” kata pemuda berusia 31 tahun itu. Posting Hir Niezam di Facebook mendapat sehingga 6,600 perkongsian. Terdahulu, Niezam berkongsi satu posting di Facebook mengenai insiden itu dan menyatakan niatnya untuk bertemu dengan gerangan pemandu berkenaan bagi memulangkan kembali wang berkenaan. Posting itu menjadi tular sehingga mendapat 6,600 perkongsian, selain dihujani komen netizen. Pemandu wanita itu sekali lagi minta maaf atas kesalahannya hingga menyebabkan kereta saya rosak. Lebih terharu, dia juga bersedia memberikan wang lagi sekiranya wang yang diberikannya sebelum ini tidak cukup. HIRNIEZAM NASIHIN Bercerita lebih lanjut, Niezam berkata beberapa hari selepas posting itu tular, individu berkenaan menghubunginya menerusi direct message di Facebook. “Pemandu wanita itu sekali lagi minta maaf atas kesalahannya hingga menyebabkan kereta saya rosak. Lebih terharu, dia juga bersedia menambah wang sekiranya jumlah diberikan sebelum ini tidak cukup. “Bagaimanapun sebagai tanda menghargai kejujurannya, saya tetap memulangkan wang itu. Kami tak berpeluang berjumpa, jadi saya hanya bank in sahaja. Bersama ibunya, Hir Niezam bersyukur niatnya untuk memulangkan kembali wang kepada pemandu yang melanggar keretanya tercapai. “Namun saya bersyukur dan berpuas hati kerana niat saya tercapai,” ujarnya yang merupakan seorang pengurus restoran. Ujar Niezam, dia tidak menyangka perkongsiannya itu mendapat reaksi positif netizen yang rata-ratanya memuji tindakan pemandu berkenaan yang jujur dan juga keikhlasan hatinya memulangkan kembali wang berkenaan. “Ada juga komen negatif, namun saya tidak kisah kerana niat saya memang nak mencari insan berkenaan,” katanya lagi.