SELAIN dihidangkan pelbagai lauk-pauk, tetamu sesebuah majlis perkahwinan biasanya akan diberi buah tangan sebelum berangkat pulang. Kebiasaannya, tetamu akan diberi bunga telur, kuih-muih, gula-gula, bunga rampai, makanan ringan mahupun kitab-kitab kecil seperti surah Yasin dan sebagainya. Namun, lain pula ceritanya dengan majlis kahwin melibatkan pengantin bergelar doktor ini apabila menghadiahkan kit kecemasan mini kepada tetamu di hari bahagianya. ARTIKEL BERKAITAN: Bertuahnya! Pemuda tahfiz hadiahkan al-Quran tulisan sendiri buat hantaran kahwin, isteri macam tak percaya “betul ke nak bagi” ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bagi lesung batu, suami balas periuk 5 tingkat! Pengantin tak malu berbalas hantaran sempoi - “Senang tak payah ada dulang bagai” Kisah pemberian unik itu menjadi tular setelah dua foto dimuatnaik ke laman Twitter oleh seorang pelajar yang menghadiri majlis itu pada Ahad lalu. Menurut Muhammad Afif Saffaruddin, 19, dia tidak mengenali pasangan pengantin itu dan hanya menemani keluarganya ke majlis yang berlangsung di Laman Kayangan, Shah Alam, Selangor. "Itu majlis kahwin kenalan ayah saya. Masa balik tu saya tengok doorgift yang diberi. Antara komen netizen di Twitter. "Tengok kotak macam istimewa, terkejut bila buka dapat ubat. Mak pun terkejut. "Lepas tu baru ayah cerita, pengantin tu doktor. Mak ayah pengantin pun katanya doktor," ujar Afif kepada mStar. Dalam kotak kit mini itu, terdapat kapas kesat alkohol serta enam pil atau gula-gula berwarna merah muda yang tidak dapat dipastikan jenisnya. Perkongsian Afif sehingga kini menerima lebih 23,600 ulang kicau (Retweet). Malah ia turut dihujani pelbagai komen netizen termasuklah yang berjenaka mengenainya. Bukan setakat comel, tapi ia sangat berguna. Bila kita bagi benda bermanfaat, orang akan ingat masa guna nanti. MUHAMMAD AFIF SAFFARUDDIN "Kalau teacher taska kahwin kena bagi botol susu dengan pampers ke? Bagi stokin baby pun cute. "Cef kahwin kena bagi periuk kuali kawah sebagai doorgift ke? "Nanti aku kahwin, bakal kakak ipar aku cadangkan kicap as a doorgift. Sebab aku hantu kicap. "Jadi kalau orang panas baran kahwin, tetamu dapat penampar, penyepak, buku lali sebagai doorgift?" soal seorang netizen secara berseloroh. Paparan skrin posting tular itu di Twitter. Dalam pada itu, Afif turut memuji tindakan pasangan pengantin berkenaan yang memberi buah tangan cukup bermanfaat buat tetamu. Kata Afif, kit mini itu sesuai disimpan dalam kereta dan boleh digunakan pada waktu kecemasan. "Bukan setakat comel, tapi ia sangat berguna. Bila kita bagi benda bermanfaat, orang akan ingat masa guna nanti. "Walaupun mini first aid je, boleh simpan kat dalam kereta," ujar penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak itu.