"SEDAR tak sedar kami terlanjur buat pertama kali," demikian luah seorang wanita menerusi satu perkongsian kisah dirinya. Menggelarkan dirinya sebagai Zulaikha, kisah wanita itu yang terlajur dengan tunang sendiri sehingga hamil anak luar nikah menerima reaksi luar biasa di Twitter. Memulakan cerita, Zulaikha mengakui dia merupakan pelajar cemerlang yang mendapat keputusan A dalam semua subjek sewaktu peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). ARTIKEL BERKAITAN: “Pergi mampus la dia mengandung” - Jururawat dicekup khalwat dengan suami orang ARTIKEL BERKAITAN: Tular jururawat tarik rambut, baling bantal ke muka pesakit tua di ICU Kecemerlangan itu diteruskan pula di peringkat matrik dengan keputusan 4 Flat dan dia tidak pernah mendapat pointer kurang dari 3.8 sepanjang melanjutkan pengajian peringkat ijazah. Sewaktu belajar, gadis itu turut menjalankan perniagaan tudung dalam talian sehinggalah dia berkenalan dengan seorang lelaki Melayu di sebuah kedai jahit. Posting wanita itu di Twitter. "Lapan bulan berkawan, kami diikatkan dengan tali pertunangan. Aku masih di tahun ketiga pengajian. Ada mulut yang berkata-kata sebab kami bagaikan langit dan bumi. Namun kedua orang tua merestui kami. "Aku setuju antara dugaan orang bertunang ialah godaan syaitan. Entah kenapa lepas bertunang, dia berani-berani nak sentuh tangan aku. Aku rasa sangat tak selesa. Dia minta maaf dan janji tak buat lagi," luah Zulaikha. Apa gunanya aku datang majlis bertandang sedangkan semua ahli keluarga suami tahu aku mengandung anak luar nikah. Aku jadi badut di majlis sendiri ke? ZULAIKHA Namun suatu hari sewaktu cuti semester, dia duduk berdua-duaan dengan lelaki itu di kediaman sewanya untuk menyiapkan bungkusan tudung. Tanpa diduga, mereka terlanjur dan hubungan itu berterusan setiap minggu. "Sejak itu berzina semakin lazim dengan kami. Seminggu sekali mesti on. Aku rasa sangat berdosa. Aku solat lima waktu, kadang dhuha & tahajud juga. Tapi kami berzina. Aku tak tahu macam mana nak berhenti. "Majlis lagi tiga bulan. Persiapan dah 60 hingga 70 peratus. Kami masih dengan perbuatan terkutuk kami sampailah satu hari, period aku lewat. Aku fikir mungkin sebab aku stress. "Tunang cadangkan aku buat pregnancy test. Period lewat sampai dua minggu. Akhirnya aku akur. Senyap-senyap aku ke farmasi di Ampang Park dan buat ujian air kencing," ujarnya lagi. Kata Zulaikha, dia terkedu apabila mendapat tahu dirinya hamil. Dakwa Zulaikha, dia hamil beberapa bulan sebelum mendirikan rumah tangga. Tidak lama kemudian, mereka meneruskan majlis perkahwinan sebagaimana yang sudah dirancang dengan keluarga biarpun sudah berkahwin senyap-senyap di Thailand sebelum itu. Namun kata Zulaikha, dia kecewa kerana keluarga suaminya sebenarnya sudah tahu apa yang berlaku di antara mereka. "Aku marah! Sampai ke tahap ni, aku masih jaga aib suami aku. Tak ada seorang ahli keluarga aku tahu hal ni. Tapi suami suka-suka buka aib aku. "Aku mengamuk bagai orang gila. Suami aku pengkhianat terbesar dalam hidup aku. Aku rasa macam nak bunuh diri. Antara komen netizen berhubung perkongsian kisah itu. "Apa gunanya aku datang majlis bertandang sedangkan semua ahli keluarga suami tahu aku mengandung anak luar nikah. Aku jadi badut di majlis sendiri ke?" soalnya lagi. Penceritaan kisah wanita itu semakin rumit apabila dia mendakwa menerima layanan buruk jururawat hospital termasuklah diludah, dipukul dan ditengking kerana hamil luar nikah. Namun, ia ternyata menimbulkan keraguan dalam kalangan netizen sehingga ada yang mula mempertikaikan kesahihan kisah itu. Malah, segelintir pelayar Twitter mengakui ragu-ragu untuk mempercayai kisah itu kerana beranggapan tiada jururawat yang sanggup melayan ibu yang mahu bersalin sebegitu rupa. Bagaimanapun, posting itu yang dikongsi menerusi akaun @twtmalaywedding sehingga kini menerima lebih 22,500 ulang kicau (Retweet). Tambah wanita itu lagi, kejadian berkenaan didakwa berlaku sekitar 10 tahun lalu dan kini bahagia bersama suami serta tiga anak. Dia turut memberi nasihat kepada pelayar Twitter agar menjauhi zina dan tidak mudah hanyut dengan kata-kata manis lelaki.