suria

“Seolah-olah tidak ada nilai” - Gaji ciput, penuntut bimbang kejuruteraan jadi kursus tak berfaedah

Laporan khas sebuah akhbar tempatan mengenai gaji seorang jurutera.

SEBAIK sahaja tamat pengajian, sudah pastinya fikiran terbayangkan alam pekerjaan dan pendapatan sendiri.

Namun tidak semua graduan bernasib baik mendapat peluang pekerjaan yang diinginkan.

Ada yang terpaksa menganggur atau mencari pekerjaan sementara sebelum benar-benar mendapat kerja dalam bidang yang dipelajari di kolej atau universiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan ini 'kebal' diperli, tak kisah jadi Mr Piky, biaya duit sekolah adik di kampung tetap cukup... janji kerja halal!

ARTIKEL BERKAITAN: Ada PhD tapi tak gembira! Pemuda ini tertekan hanya mampu kerja GrabFood - “Lihatlah sekarang, ke mana minat telah membawaku?”

Sebenarnya senario bekerja di bidang berbeza daripada yang dipelajari bukanlah sesuatu yang baharu.

Tetapi apa yang merunsingkan lepasan institut pengajian tinggi sekarang adalah gaji yang ditawarkan dianggap tidak berpatutan dengan jurusan yang diambil.

Tweet Razin yang menjadi perhatian pengguna Twitter.

Sejak kebelakangan timbul isu mengenai gaji dalam bidang kejuteraan di Malaysia yang terlalu rendah berbanding dengan negara-negara lain.

Di Malaysia gaji sebagai jurutera secara keseluruhannya yang ditawarkan adalah kurang dari RM2,500 sebulan untuk tempoh lima tahun.

Malah isu tersebut bukan sahaja membuat ramai jurutera sedia ada tidak berpuas hati, tetapi ia turut mengundang rasa bengang dalam kalangan penuntut.

Salah seorang penuntut di Mara Japan Industrial Institute di Beranang, Selangor (MJII), Muhammad Anwar Razin Mohammad, 18, mengakui isu gaji yang timbul ini membuatkan dirinya berasa takut.

"Orang akan pandang pekerjaan sebagai jurutera ini sebagai bergaji besar, tetapi hakikatnya gaji yang ditawarkan amatlah kecil dan tidak memadai.

Orang akan pandang pekerjaan sebagai jurutera ini bergaji besar, tetapi hakikatnya gaji yang ditawarkan itu amatlah kecil dan tidak memadai.

MUHAMMAD ANWAR RAZIN MOHAMAD

Penuntut Kejuruteraan

"Saya akui isu gaji ini membuatkan saya bengang kerana kursus kejuruteraan ini seolah-olah tidak ada nilai. Untuk lulus bidang kejuteraan ini, bukanlah mudah dan tidak semua yang mampu melaluinya.

"Kadang-kadang apabila fikir mengenai gaji, saya agak sedih juga sebab sebelum mengambil jurusan ini, sudah tentu dah buat 'research' peluang pekerjaan yang ada berkaitan dengan jurusan ini.

"Walaupun saya belum lagi melalui zaman pekerjaan kerana masih belajar, tetapi ia buat saya rasa 'goyang' memikirkan apabila tamat pengajian kelak," kongsinya bersama mStar.

Penuntut semester kedua jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Johor ini memberitahu, jika situasi ini berterusan, ia akan mengganggu sektor kejuruteraan negara.

Sebahagian komen pengguna Twitter terhadap posting Razin.

"Tambah merisaukan saya, sebagai anak sulung sudah tentu menjadi tanggungjawab untuk membantu keluarga dan dua adik saya.

"Harapan mereka kepada saya untuk melihat saya berjaya dalam bidang kejuruteraan ini. Saya harap dalam tempoh lima enam tahun lagi situasi ini akan berubah.

"Jika tidak berubah juga, ia seperti perumpamaan yang saya cipta sendiri iaitu 'lebih baik hisap dadah kerana memang ia tidak berfaedah', sama juga dengan mengikuti kursus ini.

"Saya tidak tahu di mana silapnya tetapi inilah yang berlaku sekarang," jelasnya.

Dalam pada itu, Razin turut berkongsi status di Twitter 'menyesal ambil 'engineering', patutnya ambil dadah je hari tu'.

Postingnya itu mendapat perhatian warga netizen dan mendapat ulang kicau lebih 17,000.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Jurutera, gaji rendah

Artikel Lain