suria

“Ayat customer is always right tak semestinya digunakan setiap masa” - Pembuat kek premium dimaki lewat balas mesej, dituduh berlagak

Syahir memuat naik beberapa paparan skrin perbualannya bersama seorang pelanggan yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatannya di Twitter.

“SAYA post di Twitter kerana nak educate orang supaya jaga adab dan lebihkan sifat sabar,” kata seorang pembuat kek selepas tindakannya memuatnaik paparan skrin (screenshot) perbualannya bersama seorang pelanggan dikecam netizen.

Ketika dihubungi mStar, Mohd Syahir Akmal berkata apa yang dilakukannya bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya mahu menerangkan kedudukan sebenar di samping memberi pengajaran kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat lakonan ‘pengemis’ ini! Tak fikir baik, jahat peniaga terus senduk nasi goreng, bagi duit tambang - “Makcik cepat tersentuh tengok orang susah” 

ARTIKEL BERKAITAN: Marahkan tauke nasi ayam tak bagi bahagian thigh, bangsa peniaga pula dipersalahkan - “Ni kali pertama dan terakhir aku beli dari kau” 

Membuka cerita bagaimana dia ‘diserang’ pelanggan berkenaan, Syahir berkata insiden berlaku pada Isnin lalu, ketika dia sedang sibuk menyiapkan tempahan pelanggan.

Justeru, dia tidak sempat membalas mesej pelanggan tersebut dalam masa yang singkat.

Cara dia reply sungguh tak beradab. Sebenarnya, perkara ini boleh dibincang elok-elok. Contohnya, kalau dia nak respon cepat, dia boleh telefon saya. Simple.

MOHD SYAHIR AKMAL

PEMBUAT KEK

“Hari itu memang saya dapat banyak tempahan. Tapi saya sempat balas mesejnya pada hari yang sama dan bertanyakan mengenai bajet pelanggan itu yang mahukan sebiji kek untuk dimakan 40 orang. Dia menerangkan bajetnya RM150 ke bawah, namun saya tak sempat balas.

“Keesokannya, pelanggan itu terus menyerang saya dalam mesej tanpa sempat saya menerangkan mengenai butiran dan bajet yang diperlukan untuk tempahannya.

“Bila saya terangkan, dia downgrade pula hasil kerja saya. Cara dia reply sungguh tak beradab. Sebenarnya, perkara ini boleh dibincang elok-elok. Contohnya, kalau dia nak respon cepat, dia boleh telefon saya. Simple,” katanya.

Paparan skrin perbualan Syahir bersama seorang pelanggan yang dimuatnaik di Twitter. 

Terdahulu, Syahir yang juga pembuat kek sepenuh masa memuatnaik beberapa paparan skrin perbualannya bersama pelanggan tersebut yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatannya.

Bagaimanapun, tindakan Syahir mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang kebanyakannya melontarkan kecaman dan komen negatif.

Ada antara netizen yang menyalahkan pemuda tersebut kerana mendakwanya tidak menerangkan secara lebih teliti mengenai bajet yang perlu diperuntukkan pelanggan tersebut untuk tempahannya.

Posting Syahir mendapat perhatian netizen sehingga mendapat 3,300 retweet. 

Malah ada juga yang mengecamnya kerana tidak menjawab pertanyaan pelanggan dalam masa yang singkat.

“Ramai yang salahkan saya, tapi tak mengapa kerana setiap orang ada pendapat. Itu hak mereka. Cuma apa yang saya nak jelaskan, tolong jaga adab dan tolong ada sikap hormat.

“Dia siap ugut nak viralkan lagi Instagram saya. Kenapa perlu ada sikap sedemikian sedangkan dia yang tak ada adab. Ada yang cakap saya tak professional sebab post di Twitter.

Posting Syahir mendapat reaksi pelbagai daripada netizen.

“Saya buat sebab saya nak educate orang. Ayat customer is always right tu tak semestinya digunakan setiap masa.

“Lagi satu, sekurang-kurangnya buat la market research jadi kita boleh agak bajet sendiri. Kalau anda pergi restoran Secret Recipe pun, kek untuk lapan orang makan pun dah dekat RM100. Tapi bila saya terangkan, dia melenting dan tetap salahkan saya,” ujar pemuda berusia 26 tahun ini.

Kata Syahir, ini adalah pengalaman pertamanya dimaki pelanggan sepanjang enam tahun menjalankan perniagaan tersebut, namun ia tidak mematahkan semangatnya.

“Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kejadian ini mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan juga mengajar saya untuk kawal rasa marah. Namun saya bersyukur, rezeki tak pernah putus walaupun tercalit dengan insiden ini,” ujarnya. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kek, pelanggan, Twitter

Artikel Lain