KEWUJUDAN aplikasi filter seekor anjing yang disunting menjadi kegilaan pelayar media sosial pada masa kini. Mereka menggunakan aplikasi tersebut untuk melakukan ‘prank’ terhadap rakan-rakan mahupun ahli keluarga. Begitu juga dengan seorang gadis ini yang berpakat dengan dua adik-beradiknya melakukan ‘prank’ terhadap ibu dan bapa mereka dengan menghantar gambar anjing yang telah disunting ke WhatsApp Group, seolah-olah haiwan berkenaan memasuki kediaman mereka. ARTIKEL BERKAITAN: “Dia kejar saya tu, dia nampak saya” - Anjing coklat punya hal, jiran cerita detik cemas budak lelaki bolos tingkap, peluk seat kereta! ARTIKEL BERKAITAN: Cadar siap berkedut, pemuda gelabah tengok anjing ‘baik punya lena’ di bilik kawan - “Saya bimbanglah, benda pelik-pelik selalu jadi kat dia” Bercerita kepada mStar, gadis yang bernama Nurin Danisha Mohamad Azlan ini berkata, dia dan dua adik-beradiknya mahu bergurau dengan ibu bapa mereka yang ketika itu tiada di rumah. “Saya ada lihat ramai yang guna aplikasi tersebut untuk melakukan ‘prank’ terhadap rakan dan ahli keluarga. Jadi saja-sajalah berpakat dengan adik dan abang. “Kebetulan ketika itu mama ada di Singapura atas urusan kerja. Papa pun tiada. Tinggal kami tiga beradik sahaja di rumah di Johor Bahru dan masa tu timbul idea nak bergurau dengan mama dan papa. “Tapi memang tak sangka respon mama yang garang sehinggakan terkeluar perkataan ‘minah benut’ yang ditujukan kepada saya,” ujarnya sambil ketawa kecil. Nurin menyifatkan ibunya seorang yang tegas namun sporting dengan anak-anak. Menurut gadis berusia 17 tahun ini, dia sendiri tidak tahu maksud gelaran tersebut. “Tapi selalu juga dengar daripada mulut nenek. Memang gelaran minah benut tu digunakan dalam kalangan keluarga kami untuk membahasakan sesiapa yang sedang dimarahi,” ujarnya yang juga model sambilan. Gadis yang mesra dengan panggilan Nurin itu turut berkongsi video perbualan keluarganya dalam WhatsApp Group itu di laman Twitter. Namun tanpa disangka, perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen sehingga ia meraih 17,300 ulang kicau dan tontonan sehingga hampir mencecah 300,000, selain dihujani komen netizen yang terhibur dengan respon ‘garang seperti gangster’ ibu gadis tersebut. Antara komen netizen yang terhibur dengan respon ibu Nurin. Tambah Nurin, perbuatan mereka kemudian terbongkar selepas ibunya memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang disambungkan kepada telefon bimbit. “Paling tak boleh tahan, mama kemudian menghantar mesej berupa satu pautan mengenai panduan solat sunat taubat, seolah-olah menyindir perbuatan kami yang menipunya,” ujar Nurin sambil ketawa. Bercerita lebih lanjut, Nurin berkata ibunya Linda Oked, sememangnya berperwatakan sempoi dan tegas, namun sangat rapat dengan anak-anaknya. Kebetulan ketika itu mama ada di Singapura atas urusan kerja. Papa pun tiada. Tinggal kami tiga beradik sahaja di rumah di Johor Bahru dan masa tu timbul idea nak bergurau dengan mama dan papa. Tapi memang tak sangka respon mama yang garang sehinggakan terkeluar perkataan ‘minah benut’ yang ditujukan kepada saya NURIN DANISHA MOHAMAD AZLAN “Mama memang ada sisi garang dia. Dia seorang yang banyak mulut, peramah dan bila bab anak-anak dia memang sangat sporting. “Kalau dengar daripada voice message dalam video yang saya muat naik di Twitter itu, memang kedengaran dia garang dan kasar. Tapi itulah keluarga kami. Bergurau-gurau kasar itu memang dah biasa. “Kadang-kadang orang luar yang tak biasa dengar memang terkejut. Tapi sebenarnya itulah salah satu cara keluarga kami bonding,” ujarnya. Dalam pada itu ujar Nurin, dek kerana video tersebut tular, rakan-rakannya turut bergurau dengan memanggilnya ‘Minah Benut’. “Sampai sekarang panggilan itu melekat. Nama asal pun dah hilang gara-gara minah benut,” ujar Nurin lagi. View this post on Instagram Amboi kemain prank kat WhatsApp group, mama tu punyalah risau. Kan dah kena panggil minah benot ? #janganseriussangat #mstarkongsi #mstarE1 Video nurindanisha_ A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 25, 2019 at 5:30pm PDT