suria

Wow! Besarnya cendol, boleh makan ke? Niat gadis ini nak basahkan tekak terbantut – “Mak tegur sebab samakan dengan alas kaki”

Nur Sabrina dan ibunya terkejut dengan cendol yang bersaiz luar biasa. Foto Nur Sabrina Ramlan

SEKALI pandang, mungkin ramai yang akan silap meneka. Dari makanan ringan, sayur-sayuran hingga ke sushi.

Malahan, ada yang menyangka ia permainan yang akan mengembang apabila direndam dalam air, semuanya gara-gara saiz cendol yang luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sebenarnya...” - Pengakuan Gadis ‘Manja Lapar’

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Nak Pakai Topeng...” – Gadis ‘Manja Lapar’

“Weh besarnya cendol, boleh makan ke ni?” menurut perkongsian seorang gadis sehingga meraih pelbagai reaksi di laman Twitter.

“Kena kunyah betul-betul tu, jangan tertelan pula. Mahu sangkut nanti,” tulis seorang warganet secara berseloroh.

Perkongsian Nur Sabrina meraih perhatian warganet.

Gadis berkenaan, Nur Sabrina Ramlan berkata, gambar tersebut dirakam sewaktu makan tengah hari bersama ibunya di Bandar Enstek, Sepang, Selangor pada Isnin.

Dia yang berusia sekitar 20an memberitahu, cuaca yang agak panas ketika itu membuatkan dia tercari-cari minuman yang boleh melegakan tekak.

“Saya bukan peminat tegar cendol, tapi rasa nak sesuatu yang sejuk. Jadi, saya buat pesanan untuk semangkuk cendol termasuk masakan lain di sebuah kafe.

“Masa dapat tu, saya terkejut sebab pertama kali tengok cendol sebesar itu. Memang speechless sampai tak tanya pun kat abang jual cendol kenapa saiznya besar sangat,” kata gadis berasal dari Salak Tinggi, Sepang itu kepada mStar.

Kacang edamame (kiri) dan keropok makanan ringan antara yang diteka warganet. Foto edamame/noshingwiththenolands.com

Nur Sabrina berkata, dia berkali-kali mengesahkan cendol yang dipesannya itu adalah jenis biasa bukan menu istimewa, tanpa kacang mahupun tambahan lain.

“Memang terkejut, tapi benda pertama saya fikir bila tengok cendol ni teringat alas kaki di rumah sebab bentuk cendol tu dengan struktur alas kaki seakan sama.

Bagi saya, saiz besar ke kecil bukan isu. Apa yang lebih penting ia keenakannya. Kalau dah sedap, minum cendol tepi jalan tengah panas pun sanggup

NUR SABRINA

“Warna hijau dan gumpalan-gumpalannya macam cendol tu. Mak saya tegur tak baik samakan macam alas kaki sebab kena hormat makanan walaupun nampak pelik bagi kami,” katanya.

Bukan cerewet, namun menurut anak bongsu daripada dua beradik ini, rasa cendol yang bersaiz luar biasa itu bagi pandangannya sekadar ‘biasa-biasa’.

Nur Sabrina terkejut dengan saiz cendol yang seakan sama dengan alas kaki di rumahnya. Foto alas kaki/tokopedia.com

“Mana yang tanya cendol besar tu boleh makan ke tak, memang boleh makan. Saya memang makan cuma tak habis sebab banyak sangat, penuh satu mangkuk.

“Bagi saya airnya kurang santan, kurang gula. Tak rasa pekat air cendolnya. Lain orang lain citarasanya kan, tapi okay saja kalau nak mencuba,” tambahnya.

Nur Sabrina ditegur ibunya (kanan) gara-gara menyamakan cendol dengan alas kaki.

Mengulas lanjut, Nur Sabrina berkata, ada cendol lebih sedap di Sepang, yang dijual di tepi jalan di luar rumah orang.

“Saya bukan food hunter untuk jalan-jalan cari makan. Tapi, cendol yang kat gerai tepi jalan yang satu ni memang sedap, berkali-kali juga saya datang singgah.

“Bagi saya, saiz besar ke kecil bukan isu. Apa yang lebih penting ia keenakannya. Kalau dah sedap, minum cendol tepi jalan tengah panas pun sanggup,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain