suria

“Maaf... saya mengaku tak profesional” - Jejaka sado kesal lakukan serangan buli siber, body shaming di media sosial

Azfar (kiri) dan Shazwan merupakan antara tiga tetamu jemputan bagi membincangkan tentang isu body shaming dalam program MHI.

BAGAIKAN babak dalam drama apabila mangsa body shaming bersemuka dengan pembuli siber yang pernah mengkritiknya, menerusi program bual bicara yang disiarkan secara langsung.

Suratan atau kebetulan, kedua-duanya adalah antara tiga tetamu jemputan yang pernah menjadi mangsa body shaming untuk menyuarakan pandangan dan pengalaman mereka.

Kelantangan suara mangsa serangan iaitu model albino, Azfar Firdaus terhadap jejaka sado, Shazwan Zafran ketika bersiaran langsung menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3, pagi Isnin sememangnya menggemparkan penonton seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat serangan peribadi, mat sado dihentam pemuda albino mangsa buli siber masa siaran langsung TV – “Merah padam muka masa tu... dia tak profesional!”

ARTIKEL BERKAITAN: Hangat isu body shaming, pemuda albino pertahan tindakan ketika program TV – “Ia cara terbaik... saya ada in the right place, at the right time”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mujurlah tiada babak tumbuk-menumbuk... muka tak boleh nak sorok!” - Zulin Aziz ‘awkward’, studio tegang kerana isu ‘body shaming’

Selepas 24 jam program tersebut bersiaran secara langsung, Shazwan tampil membuat kenyataan menerusi laman Twitternya, namun kali ini dengan nada yang berbeza.

(dari kiri) Shazwan, Azfar dan Zulin menjadi tetamu jemputan dalam program MHI.

Shazwan atau nama sebenarnya Muhammad Shazwan Zafran Abdul Khai berkata, dia akhirnya memahami mengapa Azfar bertindak sedemikian terhadapnya menerusi program tersebut.

Jika tidak, menurut pemuda berusia 22 tahun itu, dia mungkin akan terus melemparkan kritikan di laman sosial dengan memalukan atau merendahkan orang lain secara fizikal dan emosi.

“Saya teruja dapat bersiaran di MHI kerana fikir saya hanya perlu berkongsi pengalaman peribadi, dan dapat mencuba sesuatu yang baharu.

“Menyedari hakikat bahawa saya menyiarkan beberapa kandungan buli siber yang keras untuk menyerang individu lain. Tindakan tersebut tidak wajar dan saya perlu mengakui kesilapan saya,” menurut tulisannya di akaun Twitter @ibnuzafran pada lewat malam Selasa.

Komen Shazwan terhadap Azfar yang mencetuskan kontroversi.

Shazwan berpendapat bahawa klip video rakaman program TV yang tular itu mungkin boleh menyumbang secara baik kepada masyarakat menyeluruh.

Tambah Shazwan, mungkin ramai yang akan mempelajari daripada kesilapannya dan memahami bahawa pembuli itu terdiri daripada pelbagai bentuk.

“Saya berharap orang di luar sana memaafkan saya kerana menjadi pembuli siber. Penyesalan terbesar saya sekarang adalah tidak respons terhadap konfrontasi Azfar dengan memohon maaf secara baik.

“Saya terkejut semasa wawancara itu. Saya menyesal dengan reaksi spontan yang tidak profesional selepas Azfar konfrontasi dengan saya secara matang. Saya ada peluang itu, tapi melepaskannya,” tambahnya.

Shazwan (kiri) dan Azfar pernah menjadi mangsa body shaming.

Pemuda sado itu turut kesal meletakkan seorang lagi tetamu yang juga pelakon, Zulin Aziz dalam keadaan yang tidak selesa ketika itu.

Shazwan berkata, dia akan menggunakan media sosial dengan lebih baik dan memberi tumpuan kepada minatnya dalam kecergasan dan bina badan, dan membimbing mereka yang lain dalam bidang berkenaan.

Saya berharap orang di luar sana memaafkan saya kerana menjadi pembuli siber. Penyesalan terbesar saya sekarang adalah tidak respons terhadap konfrontasi Azfar dengan memohon maaf secara baik.

SHAZWAN

“Saya berpendapat bahawa setiap orang perlu memilih satu sisi yang akan menjadi lebih baik. Bukan untuk menang, tetapi bertambah baik. 

“Bolehkah bekas pembuli menghentikan gejala buli? Bagi saya, mereka boleh kerana mereka belajar daripada kesilapan dan menjadi lebih berhati-hati dengan tindakan mereka, serta maju ke hadapan,” katanya.

Permohonan maaf Shazwan berhubung isu buli siber dan body shaming.

Terdahulu, bercakap kepada mStar, Azfar menjelaskan bahawa dia tidak berniat jahat untuk memalukan Shazwan semasa bersiaran langsung tetapi lebih kepada menyampaikan mesej kesedaran kepada pembuli siber.

“Masa tu saya tidak minta orang untuk membenci dia dan saya juga tidak minta dia supaya mohon maaf. Saya hanya menegur tentang apa yang pernah dia lakukan itu adalah salah.

“Bila saya berada dalam satu bilik dengan seseorang yang begitu ekstrem dan soalan yang ditanya oleh pengacara pula secara kebetulan berkaitan, maka saya menggunakan platform yang ada (program TV) untuk bersuara tentang buli siber. Bagi saya ia adalah cara terbaik yang saya ada ketika itu... in the right place, at the right time,” ujar model berusia 25 tahun itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain