suria

Fesyen bakal penyanyi disamakan dengan baju bayi, sampai diheret ke neraka - “Ada kata macam buaian, macam pembalut buah”

Pakaian Trisyia disamakan seperti baju bayi dan pembalut buah oleh netizen di Twitter.

MEDIA sosial pada hari ini boleh diibaratkan seperti album kehidupan.

Mana tidaknya, kebanyakan kita menggunakan Facebook, Twitter mahupun Instagram untuk berkongsi perkembangan terbaharu.

Sudah menjadi kelaziman, kita sering berkongsi foto untuk tatapan kenalan maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan... remaja ‘tak kacau orang’, hanya suka berfesyen streetwear dilabel kanak-kanak istimewa!

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada mesin basuh, jadi apa salahnya” - Gadis obses baju putih bengang rakan lelaki kutuk ‘taste’ fesyen

Namun, perkongsian gadis ini bagaimanapun menjadi jenaka netizen disebabkan baju yang dipakainya.

Dalam foto tersebut, Ainin Batrisyia Mohd Termizi, 19, menggayakan baju berwarna merah jambu dari fabrik lubang-lubang kecil yang disamakan dengan baju bayi.

Ujar gadis ini, foto yang mendapat perhatian ramai itu dirakam pada Januari lalu.

Bercerita kepada mStar, gadis kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mengakui tidak kisah dengan kata-kata netizen.

"Itu gambar lama sebenarnya, bulan Januari hari tu. Buat photoshoot secara suka-suka. Tak kisah pun orang komen, sebab memang sama pun. Saya tak ambil hati.

Ada seorang mention pasal neraka. Dia kata neraka tengah tunggu. Agak melampau. Bila saya stalk laman sosial dia, rupanya dia ada like posting tak senonoh

AININ BATRISYIA MOHD TERMIZI

"Ada yang kata macam buaian, macam pembalut buah. Saya anggap sebagai gurauan sahaja," ujarnya yang mesra disapa Trisyia.

Dalam pada itu, Trisyia mengakui kurang senang dengan komen seorang individu yang disifatkannya sebagai melampau.

Posting di Twitter yang memperkatakan mengenai baju Trisyia.

Katanya, dia tidak kisah disamakan dengan pelbagai perkara, namun komen melibatkan agama seharusnya dielakkan kerana ia sensitif.

"Ada seorang mention pasal neraka. Dia kata neraka tengah tunggu. Agak melampau.

"Bila saya stalk laman sosial dia, rupanya dia ada like posting tak senonoh.

Antara komen di Twitter.

"Nak bergurau tak kisah, tapi sebut pasal agama tu agak melampaulah," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Trisyia yang aktif membuat cover nyanyian baru sahaja dilamar sebuah syarikat rakaman sekitar April lalu.

Meminati Dayang Nurfaizah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Trisyia berkata dia akan lebih peka melibatkan soal imej dan pemakaian apabila bergelar sebagai artis.

"Itu gambar lama. So lepas ni kalau orang tegur seksi, saya akan cuba ubah," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain