suria

“Baru masuk rekrut polis dalam diam dia curang” - Speechless! Cinta PJJ siswi diduga kerana teman lelaki belum move on

Aen berkongsi pengalamannya menerusi satu bebenang di Twitter yang dikecewakan selepas teman lelakinya mengambil keputusan untuk menjalin kembali cinta dengan bekas kekasihnya.

KU SANGKAKAN panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang dialami gadis ini, selepas cinta yang diharapkan mampu dibawa ke jinjang pelamin terputus di tengah jalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang askar jaga isteri berpantang bak permaisuri, layanan tip top dari anak pertama hingga keenam - “Risau juga orang cop saya queen control”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dikecam, kekasih sanggup tinggal kawan-kawan, ‘bergayut’ di luar restoran dengar masalahnya - “Bukan saya paksa dia call...” 

Menerusi satu bebenang (thread) di Twitter, gadis yang dikenali sebagai Aen ini berkongsi pengalamannya dikecewakan teman lelaki yang mengambil keputusan untuk menjalin kembali cinta dengan bekas teman wanitanya.

Menurut Aen, dia mengenali teman lelakinya awal tahun ini dan mereka bergelar sepasang kekasih selepas beberapa bulan.

“Aku kenal dia dalam awal tahun ni , sepanjang kami kenal aku tahu dia memang belum move on pun dengan ex dia. Even dia kecewa , perempuan tu buat macam-macam belakang dia sebelum ni. Keluar dengan lelaki lain, tapi dia masih tak boleh lepas perempuan tu.

“Makin lama , kami makin selesa. Sampailah declare (sebagai kekasih). Dia treat aku baik sangat. Effort dia buat aku nampak yang dia sungguh-sungguh sayang aku. Kalau ada salah faham sikit, tak tunggu lama mesti akan cari penyelesaian. Hati aku tenang dengan dia,” tulis Aen.

Aen berkongsi pengalamannya menerusi satu bebenang di Twitter.

Ujar Aen lagi, hubungannya  dengan teman lelakinya berjalan dengan lancar sungguhpun mereka merupakan pasangan kekasih jarak jauh.

“Sampai satu hari tu, kami keluar sama. Pada masa yang sama, dia punya ex emel dia. Panjang gila (seperti seseorang yang terdesak untuk kembali semula) tapi bila aku baca emel tu, aku sedih. Aku dapat rasa perempuan tu betul-betul insaf.

“Hati lelaki mana yang tak tersentuh bila ada perempuan minta maaf, mengaku salah, minta nak bersama balik dengan penuh effort. Sebab masa itu teman lelaki aku sekat ex dia di semua media sosial. Hanya ada emel je. Jadi perempuan tu tak mengalah. Selalu hantar emel yang dia nak kembali semula,” tulis Aen.

Sekalipun dipujuk rayu, kata Aen, teman lelakinya pada ketika itu masih memberi harapan kepada dirinya hinggakan dia mempercayai kata-kata lelaki tersebut.

Bersandarkan kepercayaan yang tetap utuh, Aen berkata hubungan mereka tetap berjalan seperti biasa sungguhpun teman lelakinya ditawarkan memasuki Pusat Latihan Polis (Pulapol) bagi Julai lalu, manakala dia pula ditawarkan menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda pada September.

Hubungan Aen dan teman lelakinya berakhir selepas hampir sembilan bulan menjalin cinta. 

“Tapi masuk bulan Oktober ni dia dah mula lain. Dia selalu salahkan aku. Tuduh aku. Cakap aku keluar dengan lelaki lain. Padahal aku kat universiti ni tak ada seorang pun kawan lelaki yang rapat,” kata Aen sambil menambah, perubahan sikap tersebut menyebabkan dirinya mula menghidu sesuatu yang tidak enak.

Disebabkan inginkan kepastian, Aen berkata dia cuba menghantar pesanan melalui Direct Message (DM) kepada salah seorang rakan teman lelakinya bagi bertanyakan hal yang bermain di mindanya.

“Kawan dia balas, (tapi) kawan dia cakap dia tak nak kami putus sebab dia. Dia tak mahu jadi punca dan dia minta aku kuat. Puas paksa namun dia tak mahu beritahu. Lepas dari minggu itu, dia (teman lelaki) tak ada call,” kata Aen.

Tidak berputus asa, Aen kemudianya memberanikan diri bertanyakan sendiri kepada wanita yang pernah menjadi kekasih kepada teman lelakinya itu, namun jawapan yang diterima benar-benar membuatkan hatinya remuk.

“Masa itu Allah saja yang tahu, betapa peritnya aku rasa. Aku nak menangis, nak marah, kecewa semua. Aku tunggu dia dekat luar, setia dengan dia, jaga hati untuk dia, tapi dia tipu aku. Dia dah lama kembali dengan perempuan itu.

“Dia boleh minta maaf macam apa yang dia buat ni simple. Bila aku tanya kenapa call aku lagi, dia cakap saja nak tanya khabar. Lepas aku minta dia berhenti, dia cakap minta maaf, mungkin ini panggilan terakhir. Kemudian dia letak telefon.

Speechless sangat. Aku rasa aku perempuan paling tak guna sekali. Aku malu dengan diri sendiri. Malu dengan semua orang. Apa pun yang dia cuba lakukan , aku harap dia fikir panjang. Aku tak berdendam. Aku doakan yang terbaik untuk dia,” tulis Aen mengakhiri nukilannya.

Antara komen netizen yang meluahkan rasa simpati dengan nasib Aen. 

Perkongsian tersebut begitu meruntun hati netizen sehingga ia meraih 6,500 retweet di samping dihujani komen-komen positif yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat gadis itu.

I feel you, lagi sakit bila dia gunakan kita semata mata nak tunggu prempuan tu single wlaupun dah bertahun kenal, at last dia pergi macam tu je,” tulis seorang pelayar.

Tidak kurang juga, ada di antara mereka yang berkongsi pengalaman sama ditinggalkan teman lelaki selepas bertahun bercinta.

“Kisahnya sama macam aku rasa sekarang tiga bulan dia curang belakang aku keluar dengan perempuan lain.  Mati-mati aku percaya, rupanya kantoi bila perempuan tu mengaku,” tulis seorang pelayar.  

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kekasih, PJJ, siswi, move on

Artikel Lain