suria

“Selamba je dia buka pintu kereta minta duit RM10” – Wanita kongsi detik cemas lelaki tak dikenali masuk kereta gara-gara terlupa ‘lock’

Seorang wanita berkongsi pengalaman berdepan detik cemas apabila keretanya hampir dimasuki individu tak dikenali gara-gara terlupa mengunci pintu kereta.

BENAR kata orang, beringat sebelum kena!

Pepatah tersebut sesuai untuk menggambarkan situasi yang dilalui wanita ini apabila berdepan detik cemas kereta yang dinaikinya hampir dimasuki orang yang tidak dikenali.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, wanita yang menggunakan nama akaun Sarah Samat berkata, kejadian tersebut berlaku malam Isnin lalu ketika dia bersama suami dan tiga anak mereka keluar untuk membeli barang keperluan di sebuah pasar raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengar bunyi orang terlanggar baldi di luar rumah, ibu tunggal kongsi tempoh 15 minit yang sangat menakutkan... perompak ‘umpan’ buka pintu!

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan gempal tarik rantai dia” - Anak kena ragut di Jom Heboh, ibu nak bagi peringatan dituduh nak tunjuk ‘have-have’ 

Cerita wanita ini, ketika dalam perjalanan, mereka singgah sebentar di pekan Kapar, Klang kerana suaminya mahu singgah di bank.

“Kejadian berlaku dalam pukul 8 atau 8.30 malam. Kami satu family nak keluar pergi Jusco beli barang. Husband berhenti sekejap depan Maybank Kapar, nak keluarkan duit. Silap aku juga tak terus lock pintu masa dia keluar.

“Tiba-tiba ada sorang lelaki bangsa *** tak silap aku dia naik motor honda putih berhenti sebelah kereta dan dengan selamba buka pintu depan. Aku yang duduk di second row secara spontan menjerit ‘hoii nak apa?’

“Terkial-kial aku nak buka seatbelt, terus jengah ke depan. Dia tanya ada RM10 tak, aku cakap takde. Cepat-cepat terus tutup pintu dan lock,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Posting Sarah di Facebook mendapat perhatian netizen apabila meraih 17,000 shares dan ribuan komen.

Cerita wanita ini lagi, lelaki tersebut tetap berdiri di sebelah pintu kereta dan enggan beredar.

Tanpa diduga, lelaki tersebut melakukan percubaan kedua untuk membuka pintu kereta mereka sekali lagi.

“Dia nampak pula Stella (anak) duduk kat carseat di tepi tingkap tengah pegang telefon bimbit menonton kartun Didi . Dengan beraninya dia cuba buka pintu kali kedua.

“Nasib pintu dah lock, aku dengan sepantas kilat tekan hon kuat dan lama. Orang tu dah gabra, kelam kabut cabut. Selepas itu husband pun keluar dari bank, tapi tak tau cerita lagi.

“Tak dapat bayang kalau dia ada pegang besi ke kayu, buatnya dia pecahkan cermin ke. Nauzubillahiminzalik.

“Kejadian ini berlaku tak sampai seminit pun selepas husband turun kereta, kena berhati-hati sentiasa. Keadaan sekarang tak macam dulu. Banyak orang jahat, tak kira bangsa apa pun,”tulisnya.

Antara komen netizen pada posting Sarah.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen sehingga ia meraih 17,000 shares selain dibanjiri ribuan komen netizen.

Rata-ratanya melahirkan rasa khuatir mereka dengan tahap keselamatan di tempat awam yang semakin membimbangkan.

“Harap-haraplah semua yang bawa kereta dan anak-anak, pastikan keselamatan diawasi dan dijaga setiap masa,” tulis Matthew Nap.

“Saya biasa di mana-mana memang kunci pintu, ada penumpang pun saya akan minta lock dahulu biarpun singgah sekejap di bank atau kedai. Orang sekarang makin bahaya,” tulis Ah Wan pula. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lock, pintu kereta, RM10

Artikel Lain