SEORANG pengguna Facebook berkongsi posting mengenai kisah dompetnya tercicir yang mengakibatkan kerugian lebih kurang RM1,000. Menurut Zetty Rahman, dia kini sedang mencari seorang wanita yang dipercayai menjumpai dompetnya di sekitar Bangsar di ibu negara. Lebih malang lagi, wanita tersebut bukan sahaja mengambil barang-barang dalam dompet itu, malahan turut menggunakan dua kad banknya. ARTIKEL BERKAITAN: Borak dan 'rembat'! 'Makcik Myvi merah' berani curi 3 beg pelajar dalam masjid "Esok exam, nota sekali kena curi” ARTIKEL BERKAITAN: 'Mencuri Untuk Sara Anak', Kata Tertuduh "Aku cari makcik ni. Pada Isnin lalu, wallet aku tercicir di area Bangsar. Pada mulanya aku ingat tercicir dalam kereta. "Merata-rata aku cari dan apabila menghubungi pihak bank, dua-dua baki dalam akaun aku dah kurang. Mangsa memuat naik salinan laporan polis serta num giliran di JPN. "Bila aku periksa balik, rupa-rupanya ada tiga hingga empat transaksi dalam tempoh wallet tu hilang," tulis Zetty di status Facebook. Menurut Zetty, kedua-dua akaun simpanan itu adalah duit yang dikumpul untuk majlis kahwinnya nanti. "Makcik, kau dah jumpa wallet aku, ambil je semua yang ada dalam tu, kenapa mesti nak guna dua-dua kad itu tanpa rasa bersalah beli barang dapur. "Itu duit simpanan kahwin aku makcik! Yang lebih sakit hati lagi, dia cuba guna kad itu untuk bayar barang-barang yang dia beli dengan 'paywave'," jelasnya. Tambah Zetty, laporan polis telah dibuat dan kerugian dianggarkan bernilai RM1,000. Mak cik, kau jumpa wallet aku ambil jelah yang ada dalam, tapi kenapa nak guna dua-dua kad tanpa rasa bersalah beli barang dapur. MANGSA DOMPET TERCICIR "Sampai ke hari ini masih belum selesai berulang-alik ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan), JPN (Jabaran Pendaftaran Negara) dan bank. "Terima kasih juga kepada pengurus Rosyam Mart yang baik hati memberi salinan rakaman CCTV walaupun ada 13 kaunter terlibat." Sementara itu, rata-rata netizen turut mengecam tindakan makcik itu yang menggunakan wang yang dijumpainya. "Makcik oii... makan duit haram tuu jamu anak-anak. Nanti kalau anak-anak jadi tak elok jangan salahkan orang lain. Sebab makcik sendiri buh (letak) baja kejahatan dalam diri anak-anak," tulis Liza Hafeeza Haris. Sebahagian daripada komen-komen netizen mengenai posting wallet tercicir. Ada juga yang turut memberi nasihat betapa bahayanya penggunaan paywave ini. "Wahai kengkawan sekalian, beringatlah paywave sangat sangat bahaya! Call la bank atau pergi, tutup wave tu, sebab aku dah pernah terkena. Kalau bank lain RM250 ke bawah boleh wave, kalau HSBC RM500 tau boleh wave!. "Orang zaman sekarang dah tak fikir halal ka haram, depa tau nak syiok ja," luah Nazatul Marliana.