suria

Rare! Rambut remaja bentuk love sering dibahan rakan - “Kalau tak ada mi segera mereka acah-acah sepit rambut dengan chopstick”

Rambut Irfan yang menarik perhatian pengguna Twitter.

PERKONGSIAN seorang pelajar lelaki di Twitter mengenai rambutnya ternyata menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, rambut berbentuk hati (love) yang terhasil secara tidak sengaja itu pantas menjadi bahan jenaka netizen.

Kata Irfan Daniel Mohd Salleh, dia sendiri terkejut selepas melihat keadaan rambutnya sewaktu bercuti di Lost World of Tambun di Perak pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara ditunjuk video mod 'pause', tukang gunting tercukur rambut bentuk 'play'

ARTIKEL BERKAITAN: Teknik Keriting Rambut Guna Penyepit Besi Jadi Tular

"Sebenarnya saya tak buat pun, baru habis mandi kat Tambun, saya bercuti dengan keluarga.

"Rambut saya memang kerinting. Kalau panas, akan keras sikit la.

Saya duduk asrama. Malam-malam kalau mee segera habis, mereka acah-acah sepit rambut saya dengan chopstick.

IRFAN DANIEL MOHD SALLEH

"Masa tu saya masuk bilik hotel, rambut kena aircond. Tengok cermin nampak bentuk love, terus saya ambil gambar," ujarnya kepada mStar.

Menurut remaja berusia 16 tahun ini, dia yang terhibur melihat keadaan rambut pada waktu itu terus memanggil adiknya sebelum mereka ketawa bersama.

Foto Irfan sewaktu bercuti di Perak, Ahad lalu.

Malah, dia yang kemudiannya berkongsi foto itu ke Twitter tidak menyangka ia akan menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet).

Bercerita mengenai rambutnya, Irfan mengakui sudah terbiasa menjadi bahan jenaka rakan-rakannya di asrama.

Perkongsian Irfan di Twitter.

"Saya duduk asrama. Malam-malam kalau mee segera habis, mereka acah-acah sepit rambut saya dengan chopstick.

"Tapi saya tak ambil hati pun, mereka bergurau sahaja. Saya pun tak sangka ramai akan Retweet lepas post di Twitter," katanya yang menetap di Kajang, Selangor.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain