SELAIN perkongsian gambar dan informasi terkini, Facebook sering menjadi medan luahan kisah suka duka suami isteri. Maka tidak hairanlah kenapa wujudnya laman Facebook yang dinamakan Kisah Rumah Tangga (KRT). Terbaharu, luahan seorang isteri menerusi medium itu cukup mencuri perhatian ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...” ARTIKEL BERKAITAN: “Saya cuma nak berkawan, nampak awak macam lawa” - Isteri out-station, suami miang ligat buru wanita lain di Instagram Menggunakan pendekatan psikologi, dia berjaya menggagalkan hasrat suaminya untuk berkahwin dengan seorang janda anak satu. "Tiga hari lepas aku jumpa perempuan tu sama-sama dengan laki aku. Duduk semeja kat restoran mahal, kalau tiga orang makan mahu dekat RM200 kot aku rasa. "Laki aku ingat nak suai kenal agaknya, sengih-sengih bukan main. Amboi-amboi gatal miang kau ya jantan, bukan main lagi," ujar wanita itu. Si isteri bersemuka dengan suaminya dan seorang janda di sebuah restoran untuk berbincang mengenai situasi dihadapi mereka. (Gambar Hiasan: Azman Ghani). Selepas membuat pesanan dan menjamu selera, dia memulakan sesi temubual bersama ibu tunggal itu. Malah, dia turut mengeluarkan geran serta surat pemilikan harta melibatkan rumah, kereta dan motor yang didaftarkan atas namanya. "Aku order air makan bagi mereka habiskan dulu biar kenyang, terbelahak, busung perut geram aku aih. "Habis makan aku susun pinggan letak ke tepi aku tanya perempuan tu, betul ke kamu nak kahwin dengan suami saya?" soal si isteri sebelum mengeluarkan slip gaji suaminya. Esok bangun tidur laki aku cakap dah tak jadi nikah. Dia minta maaf teriak laa dia minta ampun minta nyawa taubat sampai syurga kata dia. Baru ada akal. SI ISTERI Tambahnya, gaji suaminya tinggal sekitar RM800 sahaja setelah melunaskan komitmen bulanan. Malah, dia beritahu wanita itu agar berfikir dengan lebih mendalam jika dia benar-benar mahu menjadi isteri kedua suaminya. "Laki aku tak ada harta pun. Tak payah nak kata boleh je hidup sebab dah cinta, dah sayang. Bohong aih. "Tu pampers anak kamu siapa nak beli? Nak suruh kami beli memang tak lah, memang kami bagi penerajang dua-dua. "Bulan-bulan nak bagi nafkah, berapa gaji dia pun lepas ke tekak dia sahaja. Bagi kami RM100, RM200 itu pun minta semula tapi kot kamu reda dapat RM10 je setiap bulan, ikutlah," katanya lagi. Wanita itu mengarahkan suaminya dan janda itu pulang menaiki Grab. (Gambar Hiasan: Yap Chee Hong). Sebelum bersurai, si isteri memberi pesanan agar suaminya dan ibu tunggal itu mencari teksi untuk pulang memandangkan kereta yang dibawa adalah miliknya. "Kamu biasakan dari sekarang naik Grab ke, jalan kaki ke merangkak ke. Semoga berjaya, aku kata kat depa dua. "Puas hati aku tengok laki aku dengan perempuan tu dari sengih merenyam jadi muka dua-dua macam ayam tercekik jagung seketul," ujarnya lagi. Tambah wanita itu, suaminya memohon maaf sejurus mereka bangun tidur keesokan harinya. Malah, ibu tunggal tersebut turut memaklumkan kepadanya dia enggan meneruskan hubungan berkenaan. Selain Facebook, kisah ini turut ditularkan di laman Twitter. "Esok bangun tidur laki aku cakap dah tak jadi nikah. Dia minta maaf teriak la dia minta ampun minta nyawa taubat sampai syurga kata dia. Baru ada akal. "Perempuan tu pun duk WhatsApp cakap tak sanggup nak nikah, tahu dia salah dan minta maaf, puih la hang. "Aku cakap kat laki aku, kalau lepas ni tak sedar diri lagi aku frame slip gaji dia tampal kat ruang tamu, dapur, toilet, silap-silap aku buat gambar profile Facebook dan WhatsApp semua baru padan muka hang," tulisnya panjang lebar. Posting itu ternyata menarik perhatian ramai pelayar Facebook sebelum ia ditularkan pula di Twitter. Malah, ramai netizen memuji tindakan bijak wanita itu sehingga dia berjaya menyelamatkan rumah tangganya, "Jadi laki pun tak sedar diri, bini duk tanggung biawak hidup macam dia tu. Tak guna betul jantan gatal macam ni. "Kemas betul cara dia tackle. Tak melantun mengamuk. Reverse psychology," tulis beberapa netizen.