"OPEN order please Tuanku." Demikian komen netizen yang ingin merasai sambal belacan air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menjadi bualan hangat netizen di Twitter. Ia susulan gambar dua balang penuh berisi sambal belacan dengan kapsyen 'Sambal belacan Azizah McQueen' yang dikongsi baginda di Twitternya. Perkongsian itu mendapat lebih 8,000 tanda suka. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Singapura, sambal belacan Tunku Azizah jadi santapan Sultan Selangor pula... yang pasti netizen makin tak ‘senang duduk’ ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Azizah bongkar rahsia puteri bongsu makan McD tiap hari, burger McJihan confirm laku keras! Dalam ciapannya itu, Tunku Azizah turut mendedahkan tahap kepedasan sambal belacan tersebut. "Sambal (belacan) ini pedas seperti dinamit," tulis baginda. Komen netizen terhadap posting sambal belacan Tunku Azizah. Rata-rata netizen berkata mereka terliur setiap kali melihat tweet sambal belacan Tunku Azizah. "Setiap kali tweet sambal belacan tuanku lalu, setiap kali itulah terliur. Bilalah boleh rasa. Teringin," kata Papi. "Tuanku aci tak kalau saya kata saya mengidam sambal belacan ni?," tulis Me. "Meleleh nengoknya," kata Amy. Sambal (belacan) ini pedas seperti dinamit. TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH. Raja Permaisuri Agong. Terdapat segelintir netizen mencadangkan agar Tunku Azizah mengkomersial sambal belacan baginda. "Dah boleh Tuanku komersialkan. Duit untung hasil jualan bolehlah Tuanku buat tabung kebajikan," kata Adore. "Ampun Tuanku. Patik sudi menjadi ejen untuk diniagakan sambal Tuanku ini," tulis Musfirah. Gambar beberapa menu air tangan Tunku Azizah yang turut dikongsinya di Twitter. "Please sell Tuanku... my wife loves sambal belacan. I can go pick it up," kata AnisK. Sambal belacan Tuanku Azizah menjadi tular di media sosial selepas baginda mendedahkan menjadi pembekal rasmi hidangan itu kepada bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew yang kini turut digemar anaknya, Lee Hsien Loong. Terbaharu, keenakan sambal belacan baginda turut mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah. Perkara itu didedahkan Tunku Azizah sendiri dalam laman Twitternya pada Khamis. Selain sambal belacan, Tunku Azizah turut berkebolehan memasak pelbagai hidangan seperti acar buah, macaroni pie dan ayam roast kicap sebagaimana dikongsinya di Twitter baginda.