suria

DSLR vs handphone! Marahkan seorang jurugambar, pasangan tunang tak sangka ramai geng lain sakit hati - “Maaf ye photographer sekalian, bagi ayat minta kaki”

Gambar outdoor selepas majlis pertunangan yang diambil menggunakan iPhone X milik Syamira.

TINDAKAN seorang gadis mahu berkongsi tips mendapatkan gambar cantik hanya menggunakan telefon bimbit pada malis pertunangan tanpa perlu mengupah jurugambar profesional akhirnya mengundang padah.

Menerusi Twitternya, Intan Masmira Syamira berkata: "Tak perlu DSLR nak tangkap gambar secantik ini. Upah photographer RM200/300. Membazir. Snap gambar pakai phone je then edit cantik dahlah dia. Cukup 20 retweet aku share cara dia".

Bagaimanapun perkongsian gadis itu bersama empat keping gambar yang diambil menggunakan kaedah itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan jurugambar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak sedih ke ketawa? Foto jurugambar suami isteri ‘baru nak up’ dikerjakan otai-otai - “Kami gelak-gelak sahaja”

ARTIKEL BERKAITAN: Temperature kereta naik, pengantin tetap cool... akhirnya dapat gambar kahwin di overseas!

Rata-rata menyifatkan posting tersebut sebagai merendah-rendahkan profesion mereka.

"Kalau camera handphone awak boleh buat macam ni saya berhenti jadi photographer," tulis Mr Rebellious.

"Dari pandangan saya sebagai jurugambar... gambar ini biasa-biasa aja. Tak cantik pun. Over exposed. Di muka ada highlight. White balance out. Depth of field pun ke laut. Kalau adik tidak pernah mempelajari apa itu fotografi adik jangan condemn peralatan fotografi sebenar," kata Rafiee Yusof.

Syamira dan Zul berpuas hati dengan gambar mereka yang hanya diambil menggunakan telefon bimbit.

Namun gadis yang mesra disapa Syamira itu menerusi ciapannya tampil memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengan postingnya itu.

"Boleh berjimat. Maaf ye photographer sekalian, bagi ayat 'minta kaki'. Yes memang DSLR lebih power itu kan camera. Phone just camera sampingan memang tak boleh lawan DSLRlah.

"Siapa nak gambar wedding dia guna phone je memang tak logic kan. Bukan niat nak downgrade sesiapa niat just nak share edit. Tak tahu pula ramai yang marah dan acah-acah marah.

Saya cakap dekat Syamira kita ambil jelah dengan iPhone X dia. Saya minta tolong adik perempuan saya untuk ambil gambar kami.

AHMAD ZULSYAFIQ.

"just nak mengatakan tunang je, kalau shoot sendiri guna phone dah oleh jimatkan kos. So I nak minta maaf kepada sesiapa yang salah faham dengan tweet I ni. OK lah thank you yang faham, yang positif TQSM," tulisnya yang mengadakan sesi penggambaran pertunangan di sekitar Kubang Semang, Seberang Perai, Pulau PInang.

Pada masa sama, tunang kepada Syamira, Ahmad Zulsyafiq ketika dihubungi mStar turut memohon maaf bagi pihak mereka berdua.

Malah pemuda berusia 25 tahun itu mendedahkan tunangnya itu menulis posting tersebut dalam keadaan beremosi kerana masalah ditimbulkan jurugambar pertunangan mereka pada Sabtu lalu.

Pasangan ini bertunang pada Sabtu lalu di Kubang Semang, Seberang Perai, Pulau Pinang.

"Saya minta maaf bagi pihak Syamira. Lagipun Syamira ada buat posting minta maaf di Twitternya. Memang dia buat silap. Saya sendiri pun ada tegur dia kenapa tweet macam tu tapi dia sebenarnya bukan nak downgrade.

"Dia tweet masa tengah emosi sebab photographer kami buat hal last minute. Photographer call Syamira pagi tu beritahu tak dapat datang ambil gambar tunang sebab ada hal kecemasan.

"Syamira pun marah sebab mana sempat nak cari photographer lain. Kalau dia beritahu sehari sebelum majlis mungkin boleh cari replacement tapi majlis kami lepas Zohor. Itu yang kelam kabut," katanya yang menyifatkan tindakan jurugambar itu sebagai tidak profesional.

Namun Ahmad Zulsyafiq atau dikenali sebagai Zul mencadangkan agar gambar majlis pertunangan itu diambil menggunakan telefon bimbit dengan bantuan adiknya.

"Saya cakap dekat Syamira kita ambil jelah dengan iPhone X dia. Saya minta tolong adik perempuan saya untuk ambil gambar kami.

"Lepas tu Syamira yang edit sendiri. Adik saya ambil gambar biasa-biasa je. Ada cantik... cantik, ada juga yang tak cantik. Tapi gambar atas pelamin not badlah," katanya.

Syamira turut memohon maaf terhadap mereka yang tersinggung dengan postingnya itu.

Dalam pada itu, Zul berkata mereka juga enggan ambil pusing kecaman netizen mengenai perkara itu.

"Biarlah orang nak cakap apa. Kami tak kisah dan tak rugi apa-apa pun. At least kami tahu gambar tu kami suka, cantik dan boleh bubuh dalam frame.

"Ramai kecam sebab Syamira tak beritahu situasi sebenar menimpa kami. Namun kami terima kecaman tu sebagai satu pengajaran untuk lebih berhati-hati bila berkata-kata selepas ini.  

"Tujuan dia buat posting macam tu sebab marahkan photographer kami yang buat hal tapi pada masa sama tak sangka sakitkan hati photographer lain," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain