suria

Kecewa sikap rakan baik, wanita syak rantai tangan anak angkat dicuri ketika Jom Heboh nak solat hajat! - “Sebelum ini mereka ada buat hal tapi saya halalkan”

Rantai tangan yang dipakai di tangan sebelah kanan anak angkat perempuannya hilang dipercayai dicuri kenalan rapat ketika mengunjungi karnival Jom Heboh di Ayer Keroh, Melaka pada Ahad lalu.

“SAYA tak sangka kenalan rapat sendiri sanggup buat perkara ini,” demikian kata seorang wanita yang meluahkan rasa kesal dengan sikap kenalan rapat yang tergamak mencuri rantai tangan milik anak angkat perempuannya.

Hanya mahu dikenali sebagai Laila, wanita ini berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika dia dan keluarganya mengunjungi karnival Jom Heboh di Ayer Keroh, Melaka bersama kenalan rapatnya pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan gempal tarik rantai dia” - Anak kena ragut di Jom Heboh, ibu nak bagi peringatan dituduh nak tunjuk ‘have-have’ 

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas lawan tarik beg dengan peragut sampai masuk wad kecemasan, wanita ini baru tahu dia sedang hamil... ini pesanannya buat lelaki berjaket hitam! 

Menurut Laila, rombongan mereka yang terdiri daripada sembilan individu itu bergerak secara berkumpulan di mana anak angkat perempuannya sentiasa berada di sampingnya dan ahli kumpulan yang lain.

“Anak angkat saya, Isha, yang berusia setahun tiga bulan sentiasa didukung dan diawasi oleh saya. Jika bukan saya, dia pasti akan didukung oleh ahli keluarga dan kenalan rapat. Memang tak dilepaskan.

“Ketika kami berhenti berjalan dan menjamu selera, anak saya dijaga oleh kenalan dan suaminya. Mereka bawa Isha berjalan ke karnival semula. Tak sangka, ketika itu mereka ‘buat’ kerja,” ujarnya berkongsi cerita dengan mStar.


Laila memuat naik posting di Facebook bagi meminta bantuan orang ramai dalam usaha mendapatkan kembali rantai tangan anak angkat perempuannya.

Menurut Laila, kehilangan rantai tangan tersebut hanya disedari sehari selepas mereka mengunjungi karnival berkenaan apabila ditanya oleh suaminya.

“Apabila suami tegur ‘mana rantai tangan adik?’, baru saya perasan rantai tangan di sebelah kanannya hilang. Saya tak rasa ia tercicir kerana rantai tangan itu padu dan cangkuknya juga memang diketatkan. Tanpa berlengah, saya terus memeriksa gambar-gambar dan video yang diambil ketika kami di karnival itu.

“Memang masih kelihatan Isha memakai gelang di kiri dan kanan tangannya sebelum kami berhenti menjamu selera. Namun, gambar yang diambil selepas itu hanya menunjukkan Isha memakai rantai tangan di sebelah kiri sahaja. Mustahil sangat ia diragut kerana tiada kesan merah pada tangannya,” ujar wanita berusia 30-an ini lagi.

Ujar Laila, dia percaya kehilangan rantai tangan anak angkatnya itu mempunyai kaitan dengan kenalan rapat mereka.

Laila memuat naik gambar anak angkat perempuannya yang masih memakai rantai tangan di kedua-dua belah tangan, sebelum salah satunya dicuri kenalan rapat ketika di bawah jagaan mereka.

“Saya bukannya nak burukkan kenalan rapat sendiri, apatah lagi mereka suami isteri agak rapat juga dengan anak saya. Saya post di Facebook pun bukan nak buka aib mereka, cuma saya minta bantuan orang ramai agar rantai tangan itu dikembalikan.

“Namun naluri keibuan saya kuat mengatakan rantai tangan itu hilang ketika Isha bersama mereka. Saya ada bertanyakan perkara ini kepada mereka, namun mereka menafikannya. Apa yang menambahkan syak wasangka, sejak kejadian itu mereka seolah-olah mengelakkan diri daripada saya.

“Saya cuma beritahu mereka,  kalau terambil, tolong beritahu. Saya hanya mahukan rantai tangan itu semula kerana ia sangat bernilai kepada saya kerana ia adalah hadiah pertama buat anak angkat perempuan. Saya bertanya elok-elok kerana tak mahu bermasam muka, sungguhpun ini bukanlah kejadian pertama.

“Sebelum ini pernah juga mereka buat hal namun saya halalkan sahaja kerana mengenangkan mereka dah kenal lama. Tapi tak disangka kepercayaan yang saya berikan itu dibalas dengan sikap seperti ini. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu,” kata wanita ini lagi.

Saya hanya mahukan rantai tangan itu semula kerana ia sangat bernilai kepada saya kerana ia adalah hadiah pertama buat anak angkat perempuan. Saya bertanya elok-elok kerana tak mahu bermasam muka, sungguhpun ini bukanlah kejadian pertama.

LAILA

Selain berkongsi di Facebook dalam usaha mendapatkan semula rantai tangan tersebut, Laila berkata mereka akan melakukan solat hajat sebagai salah satu ikhtiar.

“Saya terkilan sangat-sangat. Jika betul mereka ambil dan pulangkan kembali rantai tangan tersebut, saya akan maafkan. Malah saya akan beri ganjaran. Saya tak minta satu sen pun, saya hanya mahukan rantai tangan itu dipulangkan semula. Itu sahaja.

“Tapi, jika saya peroleh rantai tangan itu daripada orang lain atau pajak gadai, saya takkan maafkan,” ujarnya mengakhiri bicara.      

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain