KEJAYAAN merangkul Anugerah Naib Canselor (ANC) dan memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama pastinya dikongsikan bersama insan tersayang. Namun bagi gadis ini, agak berat untuk dirinya mengukir senyuman pada majlis konvokesyen dan hanya mesej tinggalan arwah bapanya menerusi aplikasi WhatsApp menjadi kenangan. Begitulah yang dilalui pelajar cemerlang Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seremban 3 di Negeri Sembilan ini yang ditakdirkan mengambil skrol tanpa bapa di sisi. ARTIKEL BERKAITAN: “Kau belajar main-main macam mana nak dapat” - Tragis kisah selempang pink... abah sebak, mak merajuk 2 hari ARTIKEL BERKAITAN: Belajar di ICU, keputusan pun cemerlang, hasrat abah sarung jubah tak kesampaian, “Ingat pesan buat sampai habis” “Ijazah Sarjana Muda kelas pertama dan Anugerah Naib Canselor dalam Statistik. Dapat tahu abah menghidap kanser tahap empat pada malam sebelum final exam semester tiga dan saya kehilangannya semasa semester empat,” menurut perkongsian gadis ini di laman sosial. Najihah (kiri) bersama arwah bapanya sebelum jatuh sakit. Gadis berkenaan, Najihah Wahi memberitahu, perkongsiannya pada Ahad lalu itu mengimbas kembali suka-duka bersama arwah bapanya yang meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat kanser prostat tahap empat pada 18 April 2017. Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik berusia 23 tahun itu berkata, sejak menyambung pengajian di universiti, bapanya tidak pernah jemu datang melawatnya. “Setiap minggu ayah akan datang melawat saya di universiti sekiranya saya tidak pulang ke rumah. Malah, semasa saya belajar matrikulasi di Pulau Pinang, ayah sanggup memandu dari rumah kami di Balakong, Cheras untuk datang melawat. “Tapi, ayah tak lagi datang melawat saya sejak semester dua apabila ayah jatuh sakit dan kesihatannya tidak mengizinkan untuk bergerak aktif,” katanya kepada mStar. Menemani bapa di hospital. Najihah bagaimanapun berkata, hanya semasa di semester ketiga barulah bapanya membuat pemeriksaan di hospital dan didiagnosis penyakit kanser prostat. Berita mengenai penyakit itu menggemparkan keluarganya, namun apa yang lebih menyedihkan anak bongsu daripada lima beradik itu adalah rintihan hati bapanya. “Saya memang rapat dengan abah, dan kami sering menghantar mesej antara satu sama lain. Ada satu masa, abah hantar mesej kepada saya sebab dia tak dapat lagi datang melawat saya di universiti. Abah pernah tanya bila konvokesyen? Saya jawab lama lagi. Lepas tu abah pandang siling, merenung lama dan kemudian geleng kepala. Abah kata tak tahu sempat ke tidak untuk dia lihat saya naik atas pentas terima ijazah NAJIHAH “Abah kata dia terasa kehilangan setiap kali saya balik ke UiTM. Bayangkan baru balik universiti hari Ahad... Isnin atau Selasa dah mula rindu. “Abah hantar mesej dia beritahu saya tak sabar tunggu hari Jumaat, sebab itulah hari yang saya habis kelas terakhir dan pulang ke rumah,” tambahnya. Mesej arwah bapanya yang masih disimpan Najihah sebagai kenangan. Pemergian bapa ternyata memberi kesan yang amat mendalam buat Najihah apatah lagi ia berlaku hanya kurang seminggu ketika dia perlu berdepan dengan minggu ujian. “Saya rasa down sangat, hanya Tuhan saja tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Tapi setiap kali teringat wajah arwah abah yang tenang, matanya yang redup dan senyumannya manis, terus memberi semangat buat saya untuk tidak putus asa. “Abah pernah berpesan – ‘Anakanda Acik, teruskan perjalananmu walaupun meredah hutan belukar penuh onak dan duri, daripada abah’... antara mesej yang dihantar abah yang saya akan terus kenang sampai bila-bila,” katanya. Najihah berkongsi kejayaannya bersama ibu, Siti Fatimah Din. Dalam pada itu, Najihah mengakui berasa terkilan ketika berada di atas pentas sewaktu menerima ijazah daripada Pro Canselor UiTM, Tan Sri Zarinah Anwar pada majlis konvokesyennya, minggu lalu, kerana terkenangkan arwah bapanya. “Masa abah sakit, dia pernah tanya saya bila konvokesyen? Saya jawab lama lagi. Lepas tu abah pandang siling, merenung lama dan kemudian geleng kepala. Abah kata tak tahu sempat ke tidak untuk dia lihat saya naik atas pentas terima ijazah. “Jadi, masa di atas pentas tu saya sebak sebab teringat kata-kata abah. Tapi, bila teringat wajah abah, semangat itu datang kembali. Dan saya amat bersyukur kerana ada mak yang melihat saya berkongsi kejayaan ini,” katanya. Gadis berkenaan, Najihah Wahi memberitahu, perkongsiannya pada Ahad lalu itu mengimbas kembali suka-duka bersama arwah bapanya, Allahyarham Wahi Ahmad yang meninggal dunia pada usianya 72 tahun akibat kanser prostat tahap empat pada 18 April 2017. Gadis berkenaan, Najihah Wahi memberitahu, perkongsiannya pada Ahad lalu itu mengimbas kembali suka-duka bersama arwah bapanya, Allahyarham Wahi Ahmad yang meninggal dunia pada usianya 72 tahun akibat kanser prostat tahap empat pada 18 April 2017.