suria

Jiran-jiran kecoh bunyi ketukan di rumah peguam jam 2.30 pagi, ada yang tuduh hantu - “Sampai sekarang mereka belum tahu lagi”

Perkongsian Kamal mengenai kisah mandi pukul 2.30 pagi mencuri perhatian netizen.

"MUNGKIN hantu kot, nak mengacau," demikian kata seorang individu dalam sebuah grup WhatsApp komuniti kejiranan di Selayang, Selangor berhubung bunyi ketukan yang mereka dengar.

Selain spekulasi mengenai makhluk halus, ada juga yang menyuarakan rasa risau ia mempunyai kaitan dengan kejadian jenayah di kawasan berkenaan.

Semuanya bermula apabila beberapa jiran mendengar bunyi ketukan sekitar pukul 2.30 pagi, Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Hantu Raya Kampung Gajah cari tuan ketuk pintu rumah... Nama Pak Jago dah busu

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kongsi video seram, keluar rumah tutup mata ketika bunyi meja diseret

Kisah itu kemudiannya dikongsikan di Twitter oleh seorang jejaka yang mana dia memperjelaskan semula kekeliruan yang berlaku di kawasan tempat tinggalnya.

"Cerita semalam aku nak mandi pukul 2.30 pagi tu. Kepala shower aku rosak. Aku ketuk la kat dinding bagi elok. Tak elok juga.

"Pagi tadi mak aku bagitahu, kecoh dalam grup WhatsApp jiran-jiran, ada bunyi bertukang. Depa ingat hantu ke pencuri. Depa tak tahu tu bunyi aku yang buat. Ampun semua," tulis Kamal Adha di Twitter.

Menurut peguam berusia 24 tahun itu, dia mandi pada lewat pagi pada hari kejadian kerana baru sahaja tiba dari Terengganu setelah menghantar adiknya ke sebuah universiti.

Kecoh dalam grup WhatsApp mengenai bunyi ketukan awal pagi.

Dia yang mesra disapa Kamal mengakui tidak menyangka ketukan kepala pancuran air itu ke dinding akan menimbulkan syak wasangka dalam kalangan jirannya.

"Shower tu ada button untuk tukar jenis semburan air. Tapi ia rosak, jadi saya ketuklah pada dinding.

"Sebelum ni pun pernah jadi, dan saya ketuk juga. Tapi pagi esoknya, mak kata jiran kecoh dalam WhatsApp.

"Mereka risau dengar bunyi pukul 2.30 pagi. Sampai sekarang mereka belum tahu lagi, tapi tak ada apa-apa pun sebenarnya," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Namun kata Kamal, dia kesal dan mahu memohon maaf seandainya tindakan tempoh hari menimbulkan kegusaran dalam hati jiran tetangga.

Pancur air di kediaman Kamal yang sering rosak.

Jelasnya lagi, dia langsung tidak berniat untuk mengganggu jiran sekeliling yang sedang nyenyak tidur pada waktu itu.

"Tak ada niat pun nak takutkan orang. Tapi itulah, perangai tak senonoh saya mengetuk awal-awal pagi.

"Saya minta maaf ganggu jiran malam-malam," ujar anak sulung daripada dua beradik itu.

Dalam pada itu, posting Kamal di Twitter yang dilampirkan dengan paparan skrin grup WhatsApp jiran tetangganya menerima lebih 3,700 ulang kicau (Retweet).

Malah, netizen yang terhibur dengan kisah itu turut membanjiri posting itu dengan pelbagai respon balas.

"Bagitahu la diorang, kesian kalau jenis yang percaya habislah dia panggil bomoh ke ustaz ke.

"Weh kau tak tergelak time kau tahu tu lawak doh," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
pancur, shower, Kamal Adha, hantu, pencuri

Artikel Lain