suria

“I love it” - Dua minggu ‘tenung’ Ben Amir sambil tongkat dagu, akhirnya aktor itu DM nak nombor telefon!

Potret Ben Amir yang dilukis Nur Fariza mendapat perhatian pelakon itu. Foto instagram nurfariza85

KEKURANGAN diri bukan penghalang untuk menunjukkan kebolehannya dalam melukis, malah menjadikan ia sebagai kerjaya.

Walaupun bertubuh kecil berbanding usianya kerana penyakit yang dialami sejak kecil, lukisan Nur Fariza Abu Hassan, 34, cukup hebat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebenarnya tak ‘over’ pun” - Pelajar UiTM perjelas kenapa beria sangat joget lagu Temberang, Ayda Jebat kata macam keropok lekor!

ARTIKEL BERKAITAN: Cayalah! Baru 11 tahun tapi bakat mekap taraf profesional, Iris cabar diri idam solek Neelofa

Namun penghidap penyakit mucopolysaccharidosis jenis empat, penyakit yang membantutkan tumbesaran sejak kecil buat pertama kalinya melukis potret.

Lakaran wajah Ben Amir merupakan potret pertama Nur Fariza.

Menariknya, potret pertama itu merupakan lakaran wajah pelakon, Ben Amir yang mana perkongsian oleh adiknya menjadi tular di media sosial.

“Potret pertama kakak aku lukis. Angau sangat dah dia dengan Ben Amir ni, sampai ambil gambar pun tenung menongkat dagu siap ada halal gap.

“Tolonglah retweet (RT) supaya ada tempahan potret orang lain pula. Dah muak aku kena hadap gambar Ben Amir je sejak dua minggu ni,” menurut perkongsian di laman Twitter faiztobeng pada Khamis lalu.

Respons Ben Amir terhadap lukisan Nur Fariza.

Lebih mengejutkan apabila potret lukisan Nur Fariza itu menerima maklum balas daripada pemilik wajah potret itu sendiri, yang semakin menjadi perhatian selepas membintangi drama Sweet Dreams bersama Mira Filzah, baru-baru ini.

I love this. Nak beli daripada kakak awak. Boleh DM saya nombor telefon dia?” tulis Ben Amir menerusi akaun Twitternya.

Bercakap kepada mStar, Nur Fariza berkata, dia tidak menyangka perkongsian lukisan potret pertamanya di laman Twitter milik adiknya itu disedari oleh Ben Amir.

Proses menyiapkan potret Ben Amir.

Menyedari Ben Amir semakin popular, wanita yang berasal dari Klang, Selangor itu menganggap dia cukup bertuah kerana pelakon itu mempunyai ramai pengikut.

“Saya merupakan peminat Ben Amir, amat mengagumi bakat lakonannya. Dia juga seorang pelakon lelaki yang kacak bagi saya.

“Saya dah lama melukis sambil belajar sejak 2006. Tapi saya belum pernah melukis potret kerana cikgu beritahu untuk ikut sukatan pembelajaran terlebih dahulu sebab lukisan potret ni yang paling sukar memerlukan asas dan teknik terlebih dahulu,” katanya kepada mStar.

Nur Fariza mula melukis sejak 2006.

Nur Fariza yang merupakan pelukis sepenuh masa berkata, dia mula belajar teknik lukisan potret dua minggu lalu dan memilih Ben Amir sebagai potret pertamanya.

“Melukis potret Ben Amir paling mencabar adalah mata dan rambutnya kerana memerlukan lebih perincian. Sebab kalau potret, paling utama orang akan pandang mata dia dulu.

Tarikan wajah Ben Amir pada senyumannya kerana susah nak tengok dia senyum. Tapi bila Ben Amir senyum... senyum dia tu yang paling mahal

NUR FARIZA

“Bagi saya, tarikan wajah Ben Amir pada senyumannya kerana susah nak tengok dia senyum, dalam kebanyakannya lakonan tunjuk mimik muka serius.

“Tapi bila Ben Amir senyum... senyum dia tu yang paling mahal. Mata dia juga ada tarikan tersendiri, tapi sukar untuk digambarkan dengan kata-kata,” ujarnya. 

Antara lukisan Nur Fariza.

Sejak potret Ben Amir lukisannya tular, anak keempat daripada lima beradik itu menerima banyak tempahan terutama lukisan potret.

“Saya masih baru dalam bidang lukisan potret ni, tapi saya terbuka untuk menerima tempahan lukisan lain. Ada juga yang nak lukisan potret Ben Amir tu, tapi saya tak jual.

“Tapi kalau Ben Amir contact saya nanti dan request nak beli potret tu, saya akan pertimbangkannya,” kata Nur Fariza.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
potret, lukisan, Ben Amir, Sweet Dreams

Artikel Lain