PERCAYA atau tidak, masakan juga merupakan antara faktor kebahagiaan rumah tangga, terutama buat pasangan yang baru berkahwin. Maka tidak hairanlah kebanyakan kaum lelaki meletakkan ‘pandai memasak’ dalam senarai wajib ada untuk memilih calon isteri. Bak kata orang, cara nak memikat hati suami adalah dengan menjaga perutnya. Yang penting isteri kena rajin memasak, lama-lama pandailah. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ini tetap demand hantaran paling kurang RM15,000, "Lelaki nak isteri pandai masak, baik cari orang gaji je" ARTIKEL BERKAITAN: Dihujani mesej gara-gara BF material, bakal doktor gigi letak syarat mulut tak boleh berbau! – “Kalau dia tak masak, saya ada...” Seorang lelaki yang baru bergelar suami meluahkan tentang isteri tersayang dan kehidupan mereka yang bahagia sejak mendirikan rumahtangga dua bulan lalu. Luahan seorang suami yang beristerikan orang Sabah. Namun, apa yang menjadi persoalan adalah air tangan isterinya yang berasal dari Sabah itu meskipun dia rajin memasak. “Saya baru dua bulan kahwin dengan isteri tersayang yang berasal dari Negeri di Bawah Bayu dan kami bahagia. “Masalahnya isteri saya ni hari-hari masak sayur air dan sup saja. Tapi saya tak sampai hati nak tegur sebab dia rajin memasak,” menurut perkongsian di halaman Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’. Menurut lelaki itu, masakan kegemarannya adalah kari, sambal tempoyak termasuk hidangan paprik dan tumis. Saya sayang sangat dengan dia. Tapi dah leper perut saya ni sebab habis sudah cair lemak-lemak si perut ni akibat makan sup saja SUAMI Isterinya pernah menyajikan sambal belacan bambangan, resepi asli dari Sabah menggunakan buah bambangan tetapi baginya, ia tidak sesedap sambal tempoyak. “Ada sekali dia buat sambal bambangan, tapi tak sesedap sambal tempoyak. Saya colek sikit saja untuk ambil hati dia. “Tempoyak sama kari semua berlonggok saya dah beli tapi dia asyik juga masak sup dgn sayur air,” katanya. Dilema itu menimbulkan persoalan bagaimana untuk membuat teguran supaya si isteri mengubah masakan tanpa mengguris hati kerana terlalu sayangkan isterinya. “Macam mana agaknya saya nak ubah atau tegur dia tanpa mengguris hati dia? Saya sayang sangat dengan dia. “Tapi dah leper perut saya ni sebab habis sudah cair lemak-lemak si perut ni akibat makan sup saja,” ujar suami berkenaan meluahkan perasaan. Antara komen warganet terhadap luahan suami berkenaan. Pelbagai reaksi warganet berhubung dilema suami berkenaan dan turut menjadi perhatian adalah komen-komen daripada mereka yang berasal dari Sabah. “Baru dua bulan kot, berilah dia masa. Saya pun asal dari Negeri di Bawah Bayu juga. Dapat jodoh orang Semenanjung. Perlahan-lahan belajar. Sekarang okay je, memang kat rumah masak (masakan) Semenanjung. Tapi masih tak boleh lupa makanan Sabah,” ujarnya. “Kawan saya orang Negeri di Bawah Bayu kahwin dengan orang Semenanjung, tapi tengok perut suami dia tak leper pun, makin sihat adalah. Dah bertahun kahwin nanti buncitlah perut awak tu. Bagi masa dia belajar masakan kita,” ujar seorang pemuda. “Orang Sabah memang begini sebab suami saya pun Sabah juga. Akhirnya lauk negeri (Sabah) juga yang dimakannya. Sedap buah bambangan tu. Lama-kelamaan dah sebati dalam jiwa,” komen seorang wanita. “Bro, sila masak untuk bini ya. Kau nak makan ikut selera kau dan nak tunjuk ajar bini secara halus, sila buat dulu. Lead by example! Dah tahu bini asal negeri lain, sah-sah menu pun tak sama. Tak study dulu ke sebelum kahwin?” soal seorang warganet dengan nada berang.