GARA-gara mencuba nasib mencari pasangan di laman sosial, seorang pemuda dihujani kritikan yang tidak disangka-sangka. “Assalamualaikum, boleh tolong carikan kami jodoh,” tulisnya dalam satu posting sambil memuatnaik foto dirinya memakai sut pelbagai warna bersama seorang rakan yang hanya berkemeja putih. Selain sut pelbagai warna yang dipakainya yang menjadi perhatian warganet, timbul juga persoalan lain iaitu kesan merah pada bahagian tengkuk yang kelihatan seperti gigitan cinta atau love bite. ARTIKEL BERKAITAN: Dihujani mesej gara-gara BF material, bakal doktor gigi letak syarat mulut tak boleh berbau! – “Kalau dia tak masak, saya ada...” ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara foto six pack, pemuda kaki ‘troll’ disindir tak edit imej pada cermin, “Perut saya kejang sampai terbaring dalam fitting room” “Blazer tu memang boleh tukar warna sendiri ke macam mana?” soal warganet. Antara soalan yang dibangkitkan warganet terhadap foto Muhammad Ariff bersama rakannya. “Saya hanya nak tahu warna sebenar kot awak,” komen seorang gadis. “Bro, yang kat leher tu love bite ke macam mana?” soal seorang warganet yang merujuk pada kesan merah di bahagian tengkuknya. Pemuda berkenaan, Muhammad Ariff Muhammad Naim berkata, kapsyen pada foto tersebut sekadar suka-suka bagi mengundang pelbagai reaksi pengikutnya di laman sosial. Muhammad Ariff merupakan jurulatih kecergasan sambilan. Mengakui masih bujang, anak muda yang baru berusia 21 tahun itu juga sengaja memaparkan sut dalam pelbagai warna bagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet. “Blazer saya sebenarnya berwarna biru, tapi sebab saya suka edit gambar, jadi saya muat naik beberapa foto saya dengan blazer pelbagai warna. Ramai juga yang salah teka, kebanyakannya fikir saya pakai blazer warna kelabu dan ungu. “Ada yang tanya saya macam mana nak buat dan minta untuk saya ajarkan. Jadi, saya senang hati ajar mereka menerusi video tutorial sebagai panduan untuk mereka,” katanya kepada mStar. Blazer yang pelbagai warna yang dipakai Muhammad Ariff menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet. Muhammad Ariff yang berasal dari Ipoh, Perak berkata, dia tidak menyangka kebanyakan warganet lebih tertumpu kepada kesan merah pada bahagian tengkuknya, dan menegaskan bahawa ia bukan gigitan cinta seperti yang didakwa. “Itu sebenarnya adalah kesan melecet semasa saya dan rakan bersenam menggunakan kabel di gim. Kejadian pada Ahad lalu semasa saya bantu support rakan yang tengah workout bahagian dada. Blazer saya sebenarnya berwarna biru, tapi sebab saya suka edit gambar, jadi saya muatnaik beberapa foto saya dengan blazer pelbagai warna. MUHAMMAD ARIFF “Mungkin masa latihan tu tahap intensiti agak kuat membuatkan dia tak dapat menahan sehingga terlepas kabel tu sehingga terkena pada saya yang tengah support dia. “Segelintir orang hanya ingat kalau merah di bahagian tengkuk je love bite. Tak semestinya, banyak lagi sebab boleh timbul kesan merah seperti ruam,” tambahnya. Muhammad Ariff menunjukkan contoh penggunaan kabel di gim dalam satu insiden yang memberi kesan melecet pada bahagian tengkuknya, baru-baru ini. Graduan bidang automotif dari Kolej Vokasional di Ipoh itu turut berkongsi pengalaman pernah mengalami insiden yang tidak diingini semasa bersenam di gim. “Ada masa tu saya bersenam menggunakan barbell di atas bangku, tapi mungkin beban agak berat jadi saya terlepas sehingga mengenai bahagian dada. Pernah juga terseliuh di bahagian bahu,” katanya sambil menambah banyak yang dipelajarinya daripada pengalaman itu. Muhammad Ariff yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu kini merupakan jurulatih kecergasan sambilan dan menjual produk makanan untuk membina otot. Muhammad Ariff merangkul gelaran pertandingan badan cantik Mr Perak 2019 bagi kategori Men’s Bermuda Model - 170 sentimeter ke atas. Malahan, pemegang gelaran pertandingan badan cantik Mr Perak 2019 bagi kategori Men’s Bermuda Model - 170 sentimeter ke atas juga mula berjinak-jinak dalam perniagaan. Mengenai kecergasan, Muhammad Ariff yang mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya menjadikan penampilan menarik sebagai kriteria dalam memilih pasangan. “Saya berharap agar jodoh saya tu seorang yang memahami diri saya, berpenampilan menarik dan mementingkan penjagaan kesihatan. Kalau boleh, nak juga yang ada badan cantik... macam pelakon, Kilafairy dan model antarabangsa, Kendall Jenner pun OK!” katanya. Tutorial Lightroom macam mana aku tukar warna baju dan lighting (part 2) pic.twitter.com/9dwbl6wECB — Muhd Ariff (@kingarep_) November 13, 2019