"MACAM buat-buat je". Itu antara komen netizen mengenai seorang gadis cun yang melatah dan ia viral di media sosial baru-baru ini. Perkongsian video seorang netizen di Twitter menunjukkan gadis tersebut 'berlakon' seperti pengsan, membuka botol air dan menggerakkan tangannya secara spontan selepas diusik, mengundang riuh ketawa beberapa rakannya. Video itu turut mendapat lebih 360,000 tontonan dan 5,900 tanda suka pelayar Twitter. ARTIKEL BERKAITAN: Gempak habis! Pelajar sekolah sains 'feeling' artis K-pop, “Tak adalah kami asyik baca buku” ARTIKEL BERKAITAN: Nak kurus sambut Aidilfitri, jejaka 'comel' cabar diri 30 hari menari K-Pop, “Tangan saya menggeletar takut kena kecam” Gadis tersebut, Khayreena Kemal mengakui apa yang dilihat dalam video itu bukan dibuat-buat. "Sebenarnya saya mula melatah sejak tingkatan dua lagi sampailah sekarang. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan kawan baik saya yang juga memang melatah. Aksi spontan Khayreena ketika melatah dalam rakaman video yang tular di Twitter. "Saya dengan dia memang rapat. Duduk dengan dia, keluar pun dengan dia. Boleh kata saya memang bersama dengan dia 24 jam. Jadi start dari situ saya suka kacau-kacau dia. "Tapi tak sangka saya sendiri pun terikut-ikut dengan tabiat dia. Bila dah ada yang menyakat saya akan melatah. Kalau pintu terhempas kuat pun saya akan terkejut," katanya. Malah akui gadis berusia 18 tahun itu, dia pernah menangis kerana menampar salah seorang rakannya ketika melatah. Sejujurnya saya rasa malu sebab orang puji lawa tapi tiba-tiba melatah. Dah tak lawa jadinya. Bila difikir balik menyesal juga tinggal dengan kawan dulu. KHAYREENA KEMAL IINFLUENCER "Ini antara kenangan yang masih segar dalam ingatan saya. Waktu tu ada kawan usik 'hah tamparlah'. Tak pasal-pasal saya pun tertampar kawan saya yang tak buat salah. "Bila saya sedar, saya menangis minta maaf dekat dia. Saya rasa serba salah sebab bukan dia yang mengusik saya. Dia tak marah tapi bila tengok muka dia saya jadi kesian," katanya. Meskipun ramai terhibur melihat gelagatnya itu, Khayreena mengakui dia adakalanya malu dengan tabiatnya itu. Antara komen netizen mengenai perkongsian video Khayreena melatah. "Sejujurnya saya rasa malu sebab orang puji lawa tapi tiba-tiba melatah. Dah tak lawa jadinya. Bila difikir balik menyesal juga tinggal dengan kawan dulu. "Bila benda tu setiap hari kita hadap dan dah lali dalam badan itu yang terikut-ikut. Apapun kami masih berkawan baik dan kawan tu pun masih melatah sampai sekarang. "Tapi tabiat itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan karier saya sebagai seorang influencer. Saya sendiri pun ada kalanya rasa terganggu," katanya. Pada masa sama, anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata dia kadang kala turut letih melayan usikan orang sekeliling. "Kadang tu ada rasa tak selesa bila ramai menyakat. Bukan apa melatah ini penat sebenarnya. Tapi bila dah cakap orang tetap usik juga. Nak buat macam mana. "Ada satu masa tu dah lama tak melatah tapi bila orang usik mulalah melatah semula. Ia amat merimaskan. Saya sendiri pun buntu dah tak tahu macam mana nak hilangkan tabiat ini. Khayreena mengakui ada kalanya malu dengan tabiat itu memandangkan dia seorang influencer. "Pada masa sama, saya pun happy jika cara melatah saya boleh menghiburkan orang lain. Tapi sekarang bila orang makin kacau melatah saya jadi teruk. Saya bimbang jugalah kalau ia sampai menyakitkan orang lain," katanya. Mengenai video yang tular itu, Khayreena berkata dia tidak menyedari adegannya itu dirakam salah seorang rakannya. "Waktu tu saya tengah teman kawan shooting. Dekat situ ada Aprena Manrose (pelakon), kami kawan sebab kenal dekat set. Dah melatah pula. "Dia tahu saya melatah makin dia usik lagi. Saya sebenarnya tak perasan dia record. Saya tahu pun bila dia post dekat Insta Story. Then ada follower dia screen record dan post dekat Twitter. "Itu yang viral. Saya bangun tidur je tengok banyak orang mesej saya pasal video tu. Memang malu sangat-sangat sampai ada yang DM di Instagram. Tapi nasib baiklah Aprena pandai cool downkan saya, kalau tak confirm saya akan tuang air tu sebab pernah jadi sebelum ini ," katanya. View this post on Instagram Alahai melatah pun tetap nampak lawa? Kredit video Twitter Akeem Sharyzal #mstarkongsi #janganseriussangat #mstarSS A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Nov 12, 2019 at 9:39pm PST