KELUAR bersendirian tanpa teman bukanlah perkara yang aneh, malah ramai yang mengakui selesa dengan cara itu. Begitu juga dengan jejaka ini yang mana aktiviti 'dating sorang-sorang' yang dilakukannya diabadikan dalam video Youtube sehingga mencuri perhatian ramai. Dia kemudian turut berkongsi video itu di Twitter sehingga menerima pelbagai reaksi netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Alahai... gadis kesepian berangan McD macam kedai mamak, nak temberang pun ada “Habis makan, mamat tu tepis tangan aku sebab nak belanja” ARTIKEL BERKAITAN: Nak dating dengan awek, emak lelaki ini jadi ‘perunding imej’ - “Kalau orang ejek, tak apalah sebab saya mengadu kat ibu” Bercakap kepada mStar, Muhammad Akbar Azman, 25, mengakui ini bukanlah kali pertama dia keluar berseorangan. "Video tu pada Khamis minggu lepas. Saya sebenarnya lebih suka keluar berteman. Selain makan, Akbar juga sempat berjalan-jalan sewaktu aktiviti 'dating sorang-sorang' pada Sabtu lalu. "Hari tu saya bosan tak tahu nak buat apa, jadi saya buat keputusan keluar sorang-sorang dengan buat video sekali. "Sebelum ni pernah je keluar sendiri, tapi tak buat video," ujarnya sewaktu dihubungi. Yang keluar sorang ni, mereka bukan kesepian tapi dah selesa macam tu. Tak semestinya tak ada kawan. MUHAMMAD AKBAR AZMAN Kata Akbar, dia tiada masalah keluar bersendirian namun pandangan orang sekeliling kadang-kala membuatkan dia tidak selesa. Malah, dia juga berharap tidak terserempak dengan mana-mana individu yang dikenali setiap kali keluar bersendirian. "Di Twitter ramai kata ia benda biasa. Mereka boleh relate. Tapi mereka jadi terasa bila orang judge. "Masa keluar sorang tu, saya harap tak jumpa orang yang kenal saya. Malas nak soal jawab. Sebahagian paparan dalam video Youtube Akbar. "Yang keluar sorang ni, mereka bukan kesepian tapi dah selesa macam tu. Tak semestinya tak ada kawan. "Saya juga galakkan mereka yang tak pernah keluar sorang-sorang, kena try. Tapi kena balance, kena juga keluar dengan kawan-kawan," ujar graduan bidang pengurusan pemasaran itu. Selain itu, Akbar berkata, dia juga bebas melakukan pelbagai aktiviti serta boleh pulang pada bila-bila masa apabila keluar bersendirian. Menerusi aktiviti 'dating sorang-sorang' yang dilakukan pada minggu lalu, Akbar keluar makan dan berjalan-jalan di sekitar Jonker Walk dan Pantai Klebang. Video aktiviti itu kemudiannya dikongsi di Youtube dan sehingga kini sudah menerima lebih 11,745 tontonan.