suria

Suami tolak kejutan tiket bola isteri hidap kanser, kantoi buat ‘OT’ di stadium dengan ex-gf, siap check in - “Kalau saya dah tak ada, dia boleh jadi mak tiri anak kita”

Seorang suami dikesan curang apabila keluar bersama wanita loain bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu. Foto Stadium Nasional: Bernama

SYABAS buat Malaysia kerana menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.

Di sebalik keterujaan terhadap kemenangan pasukan Harimau Malaya, tersimpan kisah duka seorang isteri yang berhasrat menyaksikan perlawanan sengit menentang skuad Garuda itu.

Wanita itu pada awalnya mahu membuat kejutan dengan menghadiahkan dua tiket perlawanan Malaysia-Indonesia untuk menonton bersama suami tercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri!

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf, saya dah mula sayang suami akak” - Panas! Pelajar syariah goda suami orang untuk kajian rare, akhirnya jatuh cinta dengan pekerja kerajaan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada anak jadi alasan, tapi suami elak periksa kesuburan... “Hancur hati tengok dia curang dengan budak muda”

Mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu, dia menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada suaminya dengan penuh teruja sebagai petunjuk bahawa satu kejutan bakal berlaku.

Luahan seorang wanita mengenai kecurangan suaminya.

“Saya hantar WhatsApp beritahu – balik awal tau, saya ada surprise bila awak balik nanti. Dia kemudian balas - tak bolehlah, saya ada banyak kerja lagi. Kena kerja OT (lebih masa)

“Tapi tak apa, saya faham sebab suami mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Jadi, saya beri tiket perlawanan tu kepada abang-abang saya. Saya duduk seorang bersama anak di rumah,” katanya yang enggan dikenali menerusi luahannya di halaman Facebook Kisah Rumah Tangga sehingga dikongsi lebih 1,700 kali.

Ibu kepada cahaya mata berusia lima bulan itu bagaimanapun kemudian dikejutkan dengan mesej yang dihantar oleh seorang rakannya menerusi laman sosial Instagram.

“Masa tengah online Instagram, tiba-tiba ada kawan DM (mesej secara langsung) hantar paparan skrin gambar suami saya dengan perempuan lain sedang menonton perlawanan bola kat stadium.

“Lepas tu saya terus stalk perempuan tu kat Instagram, rupa-rupanya betul yang suami tipu saya. Mati-mati saya percayakan dia selama ini,” katanya dengan nada kesal.

Warganet bersimpati dengan nasib yang dialami isteri tersebut.

Dia kemudian mendapati wanita yang menjalinkan hubungan sulit bersama suaminya itu turut mengemaskini gambar-gambar mereka keluar bersama sebelum ini.

“Saya nampak perempuan tu update gambar-gambar mereka dating pada waktu yang suami saya kononnya balik OT hingga lewat malam tu.

“Sakit hati saya, dah la mereka berpegangan tangan dan mesra, mereka menjalinkan hubungan yang selama ini pun saya tak tahu.

Saya nampak perempuan tu update gambar-gambar mereka dating pada waktu yang suami saya kononnya balik OT hingga lewat malam tu

ISTERI MALANG

“Siap perempuan tu ada tag yang dah check in kat satu hotel. Alahai, saya tak tahu apa nak buat? Saya asyik terfikir apa salah saya. Apa kurang saya, mungkin dari kecantikan saya kalah kot,” tambahnya.

Dia turut mendapati wanita itu sebenarnya adalah bekas kekasih suaminya, sambil menambah dia reda dengan apa yang berlaku dan cuba mempertahankan rumah tangganya selagi terdaya.

Warganet turut berharap wanita berkenaan tabah melawan penyakit kanser.

Namun, luahan isteri malang itu mengundang sayu apabila dia mendedahkan bahawa dirinya menghidap kanser rahim tahap tiga dan hanya menanti ajal.

“Saya tengah hidap kanser rahim tahap tiga. Saya cuma nak berpesan kalau saya dah tak ada nanti, abang tolong jagakan baby kita ye. Dan perempuan tu boleh jadi mak tiri kepada anak kita. 

“Saya cuma nak luangkan masa dengan abang saja, dan masa inilah sesuai sebab abang suka tengok bola. Terima kasih budi baik abang selama ini. Anak kita tu jaga elok-elok ya,” katanya. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain