suria

Jijik! Tikus ‘makan besar’... ratah ayam panggang gantung di gerai tomyam

Paparan skrin video menunjukkan seekor tikus (bulatan merah) kelihatan berada di atas dua ekor ayam bakar yang tergantung di sebuah gerai. Sumber Facebook Penang Kini

HAJAT untuk menikmati nasi ayam dengan penuh menyelerakan mungkin terbantut selepas anda menonton sebuah video yang kini tular di media sosial.

Menerusi satu video berdurasi 23 saat, rakaman tersebut menunjukkan bahagian hadapan sebuah gerai sebelum penonton 'dibawa' ke tempat menggantung ayam panggang.

Rakaman secara dekat itu menunjukkan dua ekor ayam panggang, kelihatan seperti ayam hidangan nasi ayam bersama ‘penambah perisa’ yang ‘riang' berkeliaran di atas kedua-duanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbantut selera! Spageti aglio olio hampir licin, baru nampak lipas sembunyi dalam kupang

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh selit kain lap meja tepi tong sampah... netizen sindir kedai nasi kandar

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan terkejut, anggap penemuan straw terendam dalam air sabun sebagai ‘kotor’... Netizen tanya “apa masalahnya?”

Perakam dan rakan-rakannya yang duduk minum di meja makan gerai berkenaan terkejut dengan kemunculan seekor tikus besar sedang asyik meratah ayam yang digantung itu.

Penemuan seekor tikus yang menikmati ayam bakar yang sepatutnya untuk pelanggan.

Video yang dirakamkan oleh seorang pelanggan itu dikongsikan di halaman Facebook Penang Kini pada Ahad, didakwa berlaku di sebuah kedai tomyam dekat kawasan perindustrian di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Setakat ini, video tersebut dikongsikan lebih 2,400 kali, dan menerusi ruangan komen rata-ratanya terkejut dengan kehadiran tikus yang selamba menikmati hidangan seekor ayam.

Sekali tengok, ayam ke tu? Kali kedua tengok, apa masalah dengan ayam tu? Kali ketiga tengok, lah... tikus.

WARGANET

“Sekali tengok, ayam ke tu? Kali kedua tengok, apa masalah dengan ayam tu? Kali ketiga tengok, lah... tikus,” tulis seorang warganet yang terkejut dengan haiwan yang sering berkeliaran di tempat-tempat kotor itu.

“Ayam tu dah tercemar, kena buang ke. Bagitahulah tauke kedai tu supaya buang terus ayam tu. Nanti aniaya je pelanggan makan dapat penyakit kencing tikus,” komen warganet.

Sebahagian komen warganet mengenai penemuan tikus di sebuah gerai.

“Muntah hijau... dah tentu kedai dia tak bersih,” katanya menyifatkan keadaan itu sesuatu yang menjijikkan.

“Patutlah sedap... secret punya ramuan dia,” kata seorang warganet dengan nada sindiran.

“Tu nak jual tikus ke nak jual ayam?” soal yang lain.

“Dah tiba masanya Kementerian Kesihatan pantau atau buat pemeriksaan kat sini. Kedai lama dan tahap kebersihan pun tak terjaga,” katanya.


Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
tikus, gerai, Tom Yam, Bayan Lepas

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan