SELEPAS insiden seorang graduan melakukan protes sambil mengangkat sepanduk di pentas pada majlis konvokesyen di Universiti Malaya pada bulan lalu, kali ini tular di media sosial gelagat seorang pemuda menunjukkan simbol Nazi pula. Insiden tidak senonoh itu berlaku sewaktu majlis konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu lalu mengundang kecaman ramai. Tindakan pemuda itu juga dianggap tidak menghormati majlis rasmi. ARTIKEL BERKAITAN: Graduan protes di pentas selepas terima skrol di majlis konvo, UM buat laporan polis - “Biadab, tidak dapat diterima sama sekali” ARTIKEL BERKAITAN: Graduan Selfie Atas Pentas Digantung Pengajian Rata-rata netizen yang berang dengan perbuatannya itu berkongsi paparan skrin posting dan gambar aksi pemuda itu di Twitter dan Facebook. Menerusi postingnya, graduan itu berkata dia melakukan simbolik Hitler kerana mendakwa dunia menjadi buta dan bisu ketika Yahudi bermaharajalela. "Seolah-olah pemerintah negara-negara Islam adalah badut yang hanya menjadi hiburan politik dunia. Posting pemuda itu tular di media sosial. "Maka itu aku bersolidariti untuk Gaza dek kerana marah, benci dan dendam yang aku pendam terhadap Yahudi. "Maka aku berterima kasih kepada Hitler dan Holocaust," tulis pemuda itu di Facebooknya. Namun posting dan aksi pemuda itu yang dimuatnaik di Facebooknya telah dipadamkan. Dalam postingnya itu, pemuda itu turut menulis tanda pagar #SaveGaza #Pray4Palestine. Gara-gara perkongsian yang disifatkan tidak matang itu, rata-rata netizen mahu pihak universiti mengambil tindakan terhadap pemuda tersebut. "Harap-haraplah UMS gantung ijazah dia. Disgusting!," tulis seorang netizen. Komen netizen berkaitan perbuatan pemuda itu. "Memalukan. Universiti tak kata apa-apa? Sebagai seorang alumni, tindakan itu amat memalukan," kata Yati. Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter, Mikhail Hafiz berkata terdapat banyak cara untuk menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin. "Orang ini tidak tahu apa-apa tentang Holocaust dan kesannya di seluruh dunia. Memalukan," katanya.