"AKU juga ada perasaan dan sikap malu." Demikian kata lelaki di sebalik maskot Mickey Mouse yang sebelum ini didakwa merangkul pinggang seorang gadis sehingga kisah itu tular di media sosial. Bercakap kepada mStar, lelaki di sebalik maskot tersebut, Zulkifli atau K.G menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa dia macam ni? Dah lebih ni...” - Pinggang dirangkul, gadis tertipu Mickey Mouse bukan umur 9 tahun Ujar anak kelahiran Kuala Lumpur berusia 34 tahun itu, dia sekadar mencari rezeki halal buat keluarga dan kecewa apabila dirinya dituduh sedemikian. “Dengan fizikal saya yang rendah, susah nak bekerja, dah setengah tahun saya bekerja jadi Mickey di Melaka, Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain. “Saya cuma cari rezeki, ikut karakter. Saya pakai baju empat lapis dengan sarung tangan tebal. Kaa (kanan) bersama rakannya bergambar dengan maskot Mickey Mouse pada Sabtu lalu. “Tak ada nak raba-raba, sekadar bergambar letak tangan di pinggang. Tak ada kulit tersentuh. Saya difitnah meraba. Dengan kostum yang tebal saya pakai boleh rasa ke? “Berkenaan tuduhan mencuri pula, kenapa sampai sekarang tak ada laporan polis. Dah lama saya kat situ, OK sahaja,” ujarnya sewaktu dihubungi. Kata Zulkifli lagi, sebenarnya dirinyalah yang sering menjadi mangsa apabila acap kali dihina, diketuk kepala dan sebagainya. Saya anak sulung dari lima beradik, kena tanggung keluarga. Saya juga dah bertunang. Nak cari duit untuk kahwin. ZULKIFLI. Malah, dia juga ada alasan sendiri kenapa perlu merahsiakan umur apabila disoal pengunjung. “Ada orang memukul kepala serta menarik tangan saya, ada juga yang maki tapi saya masih mendiamkan diri dan ada juga hilang kesabaran. “Saya malu dengan fizikal dan akan ada banyak yang bertanya. Buat apa saya nak tipu, padahal ramai di kawasan sana mengenali saya. “Saya tak pernah cakap umur sembilan tahun. Orang hanya buat andaian umur saya. Saya cuma mengangguk je bila ditanya. Posting Kaa di Twitternya. “Dalam keadaan macam tu, takkan nak bagitahu umur 34 tahun,” ujarnya lagi. Menurut Zulkifli, dia gembira bekerja untuk memberikan kegembiraan kepada pengunjung. Malah, dia juga sekadar mencari wang bagi menampung kehidupan keluarga dan mengumpul wang untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. “Saya anak sulung dari lima beradik, kena tanggung keluarga. Saya juga dah bertunang. Nak cari duit untuk kahwin. “Bila jadi macam ni terjejas periuk nasi saya. Saya kerja dengan bersungguh dan cuba untuk menggembirakan setiap orang walaupun kadang-kadang terasa diperbodohkan oleh segelintir orang. Menerusi laporan mStar pada Isnin, seorang gadis mendakwa Zulkifli merangkul pinggang rakannya dengan erat sewaktu mereka bergambar di sebuah lokasi di Melaka pada Sabtu lalu.